CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 1

Maduro mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di mahkamah AS

[Copy link]
Post time 6-1-2026 10:48 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail AFP

WASHINGTON: Presiden Venezuela Nicolas Maduro (gambar) dan isterinya, Cilia Flores, mengaku tidak bersalah di mahkamah pada Isnin terhadap beberapa siri pertuduhan berkaitan senjata api dan dadah yang dikemukakan oleh pentadbiran Trump, lapor Agensi Anadolu.

"Saya tidak bersalah. Saya tidak bersalah atas sebarang perkara yang disebutkan di sini," kata Maduro kepada Hakim Amerika Syarikat (AS) Alvin Hellerstein, menurut beberapa laporan media.

Flores turut memberikan maklum balas yang sama apabila diminta menyatakan pengakuan, dengan memberitahu Hellerstein bahawa beliau "tidak bersalah. Memang tidak bersalah.”

Hellerstein memaklumkan Maduro dan Flores bahawa mereka mempunyai hak untuk lawatan konsul, dan kedua-duanya menyatakan keinginan untuk menggunakan hak itu. Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak memohon ikat jamin.

Maduro berhadapan dengan empat pertuduhan yang mendakwa beliau mengetuai konspirasi “keganasan-narko” selama berdekad-dekad bertujuan membanjiri AS dengan kokain.

Pendakwa raya AS mendakwa Maduro menyelaraskan kegiatan itu bersama kumpulan bersenjata dan tokoh kanan kerajaan untuk memudahkan penyeludupan kokain secara besar-besaran, dengan menggunakan institusi negara bagi menyokong operasi dadah berkenaan.

Pertuduhan itu didedahkan selepas Maduro dipindahkan ke New York pada Sabtu susulan operasi ketenteraan AS semalaman yang membawa kepada penahanannya. Beliau kini berada di bawah  tahanan persekutuan di Brooklyn.

“Saya ditangkap di rumah saya di Caracas, Venezuela," kata Maduro, sebelum mendakwa bahawa beliau telah "diculik" oleh pihak AS.

Barry Pollack, peguam yang mewakili Maduro, dilihat mula menyediakan asas pembelaan untuk mencabar kesahihan penahanan Maduro dengan menyatakan "terdapat keraguan mengenai kesahihan tindakan ketenteraan itu."

Hellerstein menetapkan 17 Mac depan sebagai tarikh sebutan mahkamah yang seterusnya bagi Maduro.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2026 03:16 PM | Show all posts
walaupon dia ni diktator tapi aku harap dia dilepaskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.401557 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list