CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 142|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Shahmalarani sukar kekal Top 5 dunia

[Copy link]
Post time 4-1-2026 07:21 PM | Show all posts |Read mode
SHAHMALARANI (kanan) turut menamatkan kempen musim lalu sebagai naib juara Kejohanan Dunia 2025.





Shahmalarani sukar kekal Top 5 dunia



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 4 Januari 2026, 10:30 am



  • RATU karate negara, C. Shahmalarani mengakui misi mengekalkan kedudukan dalam kelompok lima terbaik dunia menjadi cabaran paling besar dalam kariernya ketika ini, terutama dengan saingan sengit serta jumlah kejohanan Liga Perdana yang terhad setiap tahun.




Menurutnya, persaingan merebut mata ranking dunia amat ketat dengan kegagalan menyertai satu kejohanan sahaja boleh memberi kesan besar terhadap kedudukannya.

“Sasaran saya untuk kekal dalam ranking lima terbaik.

Apabila musim bermula, semua atlet akan memburu mata dan jika saya tidak menyertai satu liga sahaja, kedudukan saya boleh jatuh ke nombor 10 atau 11,” katanya.

Tambahnya, situasi itu menjadi lebih mencabar apabila hanya empat kejohanan Liga Perdana dianjurkan setiap tahun, sekali gus mengehadkan peluang atlet untuk mengumpul mata.

Dalam masa sama, Shahmalarani mengakui setiap perlawanan dihadapi kini hampir setaraf dengan Kejohanan Dunia, khususnya apabila berdepan beberapa juara dunia dalam kategori yang sama.

“Terdapat tiga hingga empat juara dunia dalam kategori saya, jadi setiap perlawanan boleh dianggap Kejohanan Dunia.

Saya perlu rancang strategi dengan teliti, kaji lawan lebih awal dan membuat persiapan untuk setiap perlawanan bermula sekarang,” katanya.

Shahmalarani menyifatkan musim lalu sebagai tempoh paling cemerlang dalam kariernya dan menjadi asas keyakinan untuk menghadapi cabaran lebih besar selepas ini.

Atlet berusia 27 tahun itu kini meletakkan sasaran untuk terus bersaing di peringkat tertinggi dunia, di samping memberi fokus kepada persiapan menghadapi Sukan Asia yang disifatkannya sebagai antara kejohanan paling kompetitif musim ini.

https://www.kosmo.com.my/2026/01/04/shahmalarani-sukar-kekal-top-5-dunia/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2026 01:33 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.530817 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list