|
View: 183|Reply: 0
|
Lantang sentuh hala tuju parti, Nurulhidayah tegur Dr Akmal
[Copy link]
|
|
|
SHAH ALAM - Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegur ketua sayap pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan kelantangannya dalam menyentuh soal hala tuju parti.
Nurulhidayah memberi respons sedemikian berikutan desakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu supaya partinya menilai semula kedudukan dalam kerajaan Perpaduan dan mahukan Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula.
Mengakui kelantangan yang ditunjukkan Dr Muhamad Akmal itu wajar dengan mengambil kira kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO, namun Nurulhidayah dalam masa sama mengingatkan bahawa soal parti bukan milik pihak tertentu.
"Kenyataan ketua pemuda ini lahir daripada rasa sayang dan kegelisahan, itu tidak boleh dinafikan. Dalam politik, kegelisahan akar umbi adalah realiti dan pemuda sememangnya berperanan sebagai suara semak dan imbang. Dari sudut itu, niatnya boleh difahami.
Powered by
GliaStudios
"Namun, dari sudut prinsip kepimpinan dan disiplin organisasi, kenyataan ini membawa beberapa implikasi yang perlu direnung dengan matang. Pertama, naratif 'kekal atau keluar, kita yang tentukan' adalah kenyataan yang sangat berat.
"Ia bukan sekadar membangkitkan perbincangan dasar, tetapi memberi isyarat seolah-olah keputusan strategik parti boleh ditentukan melalui tekanan emosi dan mobilisasi segera, bukan melalui struktur dan proses parti yang sah," katanya menerusi hantaran di media sosialnya.
Dr Muhamad Akmal pada Ahad dilapor mengumumkan Pemuda UMNO akan menganjurkan Konvensyen Khas pada Sabtu ini.
Justeru, beliau mengajak kepimpinan sayap parti itu turut serta dan menentukan sama ada UMNO perlu kekal atau keluar daripada kerajaan Perpaduan.
Sementara itu, Nurulhidayah menerusi hantaran sama turut menegaskan, dalam organisasi besar seperti UMNO, hala tuju parti bukan ditentukan oleh satu sayap, apatah lagi melalui tekanan awam yang boleh ditafsir sebagai ugutan politik dalaman.
Ujarnya, apabila isu hala tuju parti dibawa terus ke ruang awam dengan nada ultimatum, ia membuka ruang persepsi bahawa UMNO sedang berpecah dari dalam dan bukan sahaja boleh melemahkan presiden dan kepimpinan tertinggi tetapi juga memberi peluru percuma kepada lawan serta pemerhati politik.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|