Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta sehingga siasatan selesai - Mohamed Khaled
Safeek Affendy Razali - Disember 27, 2025 @ 1:29pm

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau.
Menteri Pertahanan, Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan langkah itu bagi memberi ruang pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilapor membabitkan pegawai berkenaan.
"Bagi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan melibatkan Panglima Tentera Darat, beliau akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan.
"Langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan," katanya.
Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak memperincikan apa laporan yang dibuat membabitkan Muhammad Hafizuddeain.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1489809/panglima-tentera-darat-bercuti-serta-merta-sehingga-siasatan-selesai
|