CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 160|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Sepak Takraw hadiahkan emas terakhir Malaysia

[Copy link]
Post time 20-12-2025 06:59 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD sepak takraw negara mencipa sejarah apabila menyumbang pingat emas terakhir Sukan SEA Thailand 2025.





Sukan SEA: Sepak Takraw hadiahkan emas terakhir Malaysia



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 20 Disember 2025, 3:40 pm








NAKHON PATHOM – Skuad sepak takraw negara memastikan tirai Sukan SEA Thailand 2025 dilabuhkan dengan penuh bermakna apabila berjaya menghadiahkan pingat emas terakhir buat kontinjen Malaysia, sebentar tadi.

Kejayaan itu berjaya dijelmakan menerusi trio emas negara yang dibarisi kapten, Farhan Adam, Mohamad Azlan Alias (perejam) serta tekong berbisa, Syahir Rosdi mudah menjinakkan Vietnam pada aksi final menerusi keputusan straight set 15-9, 15-9.

Pasukan negara yang turun dengan status sebagai juara dunia 2024 di Thailand itu jelas berada dalam kelas tersendiri untuk menjuarai pingat emas sekali gus menamatkan kemarau emas yang kali terakhir digengam regu negara pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Vietnam yang cuba bangkit pada set kedua dengan corak permainan lebih agresif akhirnya terpaksa akur apabila percaturan berani ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun memasukkan Haziq Hairul Nizam bagi menggantikan Syahir ternyata membuahkan hasil untuk mematikan sisa perjuangan lawan.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menikmati kejayaan pingat emas dalam acara regu lelaki adalah lapan tahun lalu ketika bergelar tuan rumah selepas menewaskan Filipina di pentas final.

Meskipun skuad negara pernah meraih emas pada edisi 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur, namun kedua-dua kejayaan itu diraih tanpa penyertaan gergasi dunia, Thailand, yang ketika itu terikat dengan peraturan had penyertaan acara.

Bagaimanapun, edisi 2025 di bumi Gajah Perang ini menceritakan skrip yang jauh lebih manis apabila Thailand yang turun selaku juara bertahan tiga edisi berturut-turut sejak 2019, terpaksa menelan kepahitan di hadapan penyokong sendiri apabila tumbang di pentas separuh akhir sekali gus sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.

Kegagalan Thailand itu seakan melengkapkan ‘aib’ mereka di laman sendiri selepas sebelum itu turut dimalukan oleh Malaysia dalam acara regu berpasukan.

Anak buah Ahmad Jais sebelum ini telah pun mencipta detik bersejarah apabila menamatkan kemarau 34 tahun dengan merangkul emas acara regu berpasukan lelaki menerusi kemenangan epik 2-1 ke atas musuh tradisi itu.

Kejayaan berganda dalam acara sepak takraw ini bukan sahaja mengukuhkan dominasi Malaysia dalam sukan warisan ini, malah menjadi pelengkap paling sempurna kepada keseluruhan perjuangan luar biasa kontinjen negara di Thailand. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/20/sukan-sea-sepak-takraw-hadiahkan-emas-terakhir-malaysia/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050400 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list