CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Sukan SEA: Gangsa pengubat duka skuad B-23 negara

[Copy link]
Post time 18-12-2025 08:34 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD bola sepak B-23 negara membawa pulang pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025. -FAM





Sukan SEA: Gangsa pengubat duka skuad B-23 negara



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 18 Disember 2025, 7:03 pm




BANGKOK – Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila menjelmakan pingat gangsa di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menewaskan Filipina 2-1, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Nasional Rajamangala, skuad kendalian Nafuzi Zain mempamerkan kebangkitan untuk memastikan Malaysia mencipta kemenangan di temasya dwitahunan tersebut.

Malaysia terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-28 menerusi Danish Hakimi Salahudin yang bijak memanfaatkan situasi kelam-kabut di dalam kotak penalti lawan.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila penyerang negara, Haqimi Azim Rosli, tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-36 untuk kedudukan terikat 1-1.

Enggan episod malang itu terus menghantuinya, Haqimi Azim bangkit menebus kesilapan apabila meledak gol kemenangan bijak memecah perangkap ofsaid untuk menewaskan penjaga gol Filipina, Nicholas Guimaraes.

Bersambung babak kedua, Filipina kendalian Garrath McPherson cuba bangkit dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu negara, namun kekentalan barisan pertahanan Malaysia berjaya mematahkan setiap percubaan.

Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat, sekali gus menyaksikan Malaysia membawa pulang pingat gangsa.

Pingat gangsa tersebut sekurang-kurangnya memperbaiki rekod skuad negara berbanding dua edisi lalu, di mana Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan di Kemboja (2023) dan menamatkan saingan di tempat keempat di Vietnam (2021).

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas bola sepak lelaki adalah pada edisi 2011 di Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/18/sukan-sea-gangsa-pengubat-duka-skuad-b-23-negara/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 07:48 PM GMT+8 , Processed in 1.083187 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list