CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 172|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Skuad berbasikal trek sambar tiga pingat emas

[Copy link]
Post time 18-12-2025 07:35 PM | Show all posts |Read mode
JAGUH berbasikal negara, Ridwan Sahrom sambar pingat emas keirin pada Sukan SEA Thailand 2025 di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO





Sukan SEA: Skuad berbasikal trek sambar tiga pingat emas


  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 18 Disember 2025, 6:38 pm








BANGKOK – Skuad berbasikal trek negara melakar hari gemilang di Velodrom Hua Mark apabila ‘menyapu bersih’ tiga pingat emas yang ditawarkan menerusi acara keirin lelaki, scratch wanita dan kejar-mengejar berpasukan lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Kejayaan luar biasa itu bukan sahaja melangkaui sasaran awal satu emas yang diletakkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), malah turut melakar sejarah apabila menghadiahkan pingat ke-200 buat kontinjen negara di temasya kali ini.

Tirai emas negara dibuka oleh Muhammad Ridwan Sahrom yang cemerlang dalam acara keirin selepas menewaskan jaguh tuan rumah, Jai Angsuthasawit.

Momentum diteruskan oleh Nur Aisyah Mohamad Zubir, yang mengetepikan kepenatan untuk memenangi acara scratch, biarpun baru sahaja merangkul pingat perak dalam acara lebuh raya, kelmarin.

Detik paling bersejarah hadir menerusi kuartet kejar-mengejar berpasukan lelaki yang menumbangkan Thailand di final untuk menghadiahkan pingat ke-200 kontinjen Malaysia.

Gandingan mantap Abdul Azim Aliyas, Mohd. Jafri Muhammad Hafiq, Muhammad Yusri Shaari dan Newjoe Lau memastikan lagu Negaraku berkumandang buat kali ketiga di velodrom.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, menyifatkan kejayaan itu sebagai detik yang cukup manis dan membanggakan.

“Hari ini adalah detik yang menggembirakan.

Saya cukup berbangga apabila pingat ke-200 ini dicapai menerusi sukan berbasikal trek dan lebih manis kerana kita sapu bersih semua tiga emas yang dipertandingkan hari ini,” katanya.

Amarjit turut optimis skuad negara mampu menambah dua lagi pingat emas dalam saingan esok.

“Pelumba negara membuktikan kerja keras mereka membuahkan hasil dan kita harap dua emas lagi mampu dicapai esok,” ujarnya.

Skuad berbasikal negara akan meneruskan cabaran dalam acara pecut berpasukan lelaki dan point race esok. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/18/sukan-sea-skuad-berbasikal-trek-sambar-tiga-pingat-emas/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.397164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list