CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 159|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Rezeki Izzul tuai emas acara silat Sukan SEA

[Copy link]
Post time 17-12-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki Izzul tuai emas acara silat Sukan SEA

Oleh Saiful Affendy Sapran - Disember 17, 2025 @ 7:54pm





Pesilat lelaki negara, Muhammad Izzul Irfan Marzuki (merah) ketika aksi menentang pesilat lelaki Thailand, Peerapon Mitasarn di kejohanan Sukan SEA Thailand 2025 di Hall 4 Impact Arena, Muang Thong Thani. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH



BANGKOK: Kalau sudah rezeki tak akan ke mana. Demikian situasi dialami pesilat negara, Muhammad Izzul Irfan yang merangkul pingat emas meskipun pada awalnya dilihat sekadar berpuas hati dengan perak.

Ia selepas tindakan pantas kem silat negara pantas mengemukakan bantahan yang akhirnya memihak kepada Izzul yang beraksi dalam Kelas D Putra.

Ketika keputusan keputusan awal, pesilat tuan rumah, Peerapon Mitasarn diberikan kemenangan dengan mata 60-57 selepas juri mengambil kira satu tendangan yang dilakukannya pada saat-saat akhir.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Bibi Aishah Golbal Shah berkata, pasukannya bertindak melakukan protes rasmi selepas mengesan pelanggaran peraturan yang jelas dilakukan oleh lawan.

Jelas Bibi, bantahan dibuat kerana sepakan yang menyumbang mata kepada pesilat Thailand itu dilakukan selepas gong penamat dibunyikan.

"Protes berjaya kerana pelanggaran (peraturan) dilakukan oleh atlet Thailand dan mata ditolak sepuluh," katanya ringkas.

Susulan bantahan yang diterima juri, 10 mata Mitasarn dipotong, sekali gus mengubah keputusan akhir menyaksikan Izzul Irfan diisytiharkan sebagai pemenang mutlak dengan keputusan 57-50.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/12/1486307/rezeki-izzul-tuai-emas-acara-silat-sukan-sea





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.366612 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list