CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 171|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Miki Ghazali singkir lawan usia 36 tahun

[Copy link]
Post time 16-12-2025 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Sukan SEA: Miki Ghazali singkir lawan usia 36 tahun

AFDAH MUJAP
16 Disember 2025 06:27pm





Miki Ghazali mara ke final acara 57kg selepas menumpaskan lawan berusia 36 tahun di separuh akhir.






PETARUNG Muay Thai negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar mengesahkan tempat ke final acara lelaki 57 kilogram (kg) Suka SEA 2025 Thailand selepas menewaskan wakil Laos, Thongbang Seuaphom dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok pada Selasa.

Beraksi agresif sejak awal perlawanan, atlet berusia 16 tahun yang lebih dikenali sebagai Miki itu menguasai pusingan pertama apabila memaksa lawannya yang berusia 36 tahun menerima kiraan berdiri (standing count), sekali gus memberinya kelebihan mata 10-8.


Miki meneruskan tekanan pada pusingan kedua untuk mendahului 10-9, sebelum Thongbang yang terdesak tampil lebih agresif pada pusingan ketiga dengan beberapa kombinasi berbahaya dalam usaha mengejar mata.

Bagaimanapun, kelebihan awal membolehkan Miki mengekalkan penguasaan dan mengesahkan kemenangan.

Kejayaan itu melayakkan Miki mara ke pentas final dalam penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan pada temasya dwitahunan berkenaan.

Sebelum ini, adik kepada bintang Muay Thai sensasi negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar, menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan wakil Filipina pada peringkat suku akhir menerusi serangan bertali arus yang memberi tekanan berterusan kepada lawan.

Terdahulu, Insyad Rumijam, Nur Amisha Azrilrizal, Wassof Rumijam dan Eva Anastasia Warren muncul sebagai finalis terawal Malaysia dan dijadual berentap merebut gelaran pada Rabu.

https://www.sinarharian.com.my/article/760769/berita/sukan/sukan-sea-miki-ghazali-singkir-lawan-usia-36-tahun


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 02:16 PM GMT+8 , Processed in 1.565403 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list