CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 213|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Kuartet 4x100m sambar perak, lebur rekod kebangsaan

[Copy link]
Post time 15-12-2025 09:24 PM | Show all posts |Read mode
KUARTET 4x100 meter (m) negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan ketika menyambar pingat perak dalam aksi final Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Supachalasai, sebentar tadi.





Sukan SEA: Kuartet 4x100m sambar perak, lebur rekod kebangsaan



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 15 Disember 2025, 8:57 pm




BANGKOK – Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara mencipta kejutan pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila bukan sahaja menghadiahkan pingat perak, malah berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam aksi final di Stadium Nasional Supachalasai, sebentar tadi.

Gandingan mantap yang dibarisi Aliff Iman Mohd. Fahmi selaku pelari pertama dan diiringin Jonathan Nyepa, Pengiran Aidil Auf Hajam dan pelari terakhir muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee memperagakan larian hampir sempurna untuk mencatatkan masa 39.03 saat (s).

Catatan terbaik itu sekali gus memadam rekod lama kebangsaan 39.09s yang dilakar oleh kuartet Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Muhammad Arsyad Saat, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA Hanoi, dua tahun lalu.

Pada perlumbaan sebentar tadi, kuartet negara bagaimanapun terpaksa akur dengan kepantasan luar biasa pelari tuan rumah yang diterajui jaguh pecut sensasi rantau ini, Puripol Boonson.

Thailand terlalu unggul apabila kuartet tuan rumah itu merangkul pingat emas dengan catatan masa 38.28s, sekali gus memecahkan rekod temasya, manakala pingat gangsa menjadi milik Indonesia (39.51s).

Pelari senior negara, Jonathan Nyepa mengakui strategi utama mereka adalah untuk memberikan tekanan maksimum kepada Thailand sejak awal perlumbaan selain memastikan pertukaran baton berjalan lancar.

Jelas Jonathan, catatan masa itu sesuatu yang mengejutkan kerana mereka tidak pernah mencatat larian selaju itu walaupun dalam sesi latihan.

“Sebelum memulakan larian, saya sudah berpesan kepada rakan sepasukan supaya jangan beri mereka (Thailand) ruang untuk selesa.

Kita cuba berikan saingan sehabis baik.

Kita tahu mereka mempunyai barisan pelari yang sangat bagus, jadi kita perlu menekan mereka dari awal,” katanya.

Strategi itu membuahkan hasil apabila pelari pertama, Aliff Iman yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, berjaya memberikan permulaan yang cemerlang.

“Sebagai pelari pertama, saya tahu semua pesaing berada di belakang saya.

Apa yang boleh saya buat adalah terus lari habis-habisan.

Ini penampilan pertama saya, dan saya bersyukur berjaya bawa pulang pingat serta rekod kebangsaan untuk Malaysia,” kata Aliff.

Semangat itu diteruskan oleh pelari terakhir, Danish Iftikhar yang tenang menyempurnakan larian ke garisan penamat.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur diberi peluang untuk berganding dengan senior-senior dalam pasukan.

Misi kami tercapai untuk memecahkan rekod kebangsaan,” ujar Danish. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/sukan-sea-kuartet-4x100m-sambar-perak-lebur-rekod-kebangsaan/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2025 09:24 PM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.978615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list