CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 177|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Lompatan emas Andre akhiri kemarau 22 tahun negara

[Copy link]
Post time 15-12-2025 08:42 PM | Show all posts |Read mode
ANDRE berjaya bangkit meraih pingat emas dalam acara lompat jauh di Sukan SEA Thailand 2025.









  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 15 Disember 2025, 8:01 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




BANGKOK – Jaguh negara, Andre Anura Anuar berjaya menebus kekecewaan apabila menghadiahkan pingat emas yang telah ditunggu-tunggu selama 22 tahun dalam acara lompat jauh lelaki di Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Nasional Supachalasai itu, Andre yang ketinggalan di tangga kedua selepas catatan 7.62 itu bejaya bangkit mengatasi juara bertahan edisi lalu, dari Filipina, Ubas Janry dengan lompatan sejauh 7.71 meter (m) pada percubaan terakhirnya.

Ubas Janry yang gagal dalam lompatan terakhir akur dengan pingat perak selepas sekadar melakukan 7.64m. Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Singapura, Medina Andrew George (7.53m).

Kejayaan ini amat manis buat Andre kerana ia bukan sahaja menebus kegagalan beliau melengkapkan hatrik emas dalam acara lompat kijang Khamis lalu, tetapi juga menamatkan kemarau panjang Malaysia dalam acara ini di pentas Sukan SEA.

Kali terakhir atlet negara memenangi emas dalam acara ini adalah menerusi Mohd Shahrul Amri Suhaimi pada edisi 2003 di Hanoi, Vietnam.

Mengulas kemenangannya, Andre mengakui beliau sendiri masih sukar untuk mempercayai kejayaan itu, terutamanya tekanan selepas gagal pada lompatan kelima.

“Serius saya cakap, saya sebenarnya masih belum percaya dengan kemenangan ini.

Acara lompat jauh ini memang penuh tekanan.

Kalau kita lihat rekod peribadi terbaik, ketiga-tiga kami pernah melepasi 8m, jadi apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Apabila ketinggalan, saya masuk ke dalam tuala saya, cuba panaskan badan dan bayangkan yang saya telah pun memenangi perlawanan ini.

Itu cara saya mengawal tekanan,” jelasnya.

Strategi itu membuahkan hasil apabila beliau melakukan lompatan kemenangan pada percubaan terakhir selepas kemenangannya disahkan selepas lompatan terakhir Ubas Janry dibatalkan.

“Selepas saya lihat lompatan atlet Filipina itu batal, saya sangat gembira.

Saya tahu saya kalah di lompat kijang dan ini sahajalah satu-satunya harapan yang tinggal.

Saya sangat teruja sampai buka baju dan menjerit.

“Emas ini saya hadiahkan untuk isteri saya sempena hari jadinya dan juga untuk jurulatih saya yang tahu perjuangan saya selama ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/sukan-sea-lompatan-emas-andre-akhiri-kemarau-22-tahun-negara/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.819265 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list