CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pasukan MLBB Malaysia pertahan gelaran dunia, tewaskan Kemboja 3-0

[Copy link]
Post time 8-12-2025 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan MLBB Malaysia pertahan gelaran dunia, tewaskan Kemboja 3-0


Disember 8, 2025 @ 12:45am




Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama pemenang Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall di sini malam tadi.

Pasukan Malaysia dibarisi Idreen Jamal (Momo), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan Ealtond Rayner (Lolealz).



Ahmad Zahid menyampaikan hadiah kejuaraan kepada pasukan Malaysia. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah



Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Kemboja pula menampilkan pemain terdiri daripada Phengkong "Oppi" Chhuon, Chandavan "Detective" Nhem, Amey "Xing" Khuon, Dane "Wadu" Vann dan Virea "Boxi" Sok, namun gagal menandingi rentak, keserasian dan serangan agresif Malaysia sepanjang aksi berlangsung.

Kemenangan hari ini terus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sukan elektronik selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir edisi 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.



Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025. – NSTP/Asyraf Hamzah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim antara yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang wang kemenangan berjumlah AS$32,500 (RM133,607). - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/12/1482076/pasukan-mlbb-malaysia-pertahan-gelaran-dunia-tewaskan-kemboja-3-0






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.465956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list