CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Kerap dipinggirkan, Salah diramal tinggalkan Liverpool

[Copy link]
Post time 4-12-2025 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Kerap dipinggirkan, Salah diramal tinggalkan Liverpool

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
04 Disember 2025 04:57pm





Mohamed Salah




BEKAS bintang Liverpool, Jamie Redknapp mengakui beliau akan 'terkejut' sekiranya Mohamed Salah kekal di Anfield sehingga tamat kontraknya dan mendakwa hubungan penyerang sensasi itu dengan kelab kini berada di tahap 'kritikal'.

Pengulas sukan Sky Sports itu turut membayangkan bintang antarabangsa Mesir itu mungkin meninggalkan The Reds seawal Januari ini.


Redknapp meluahkan kebimbangan bahawa kemelut antara Salah dan Liverpool bakal berakhir dengan perpisahan pahit selepas pemain itu diletakkan di bangku simpanan untuk dua perlawanan berturut-turut.

Terbaharu, Salah hanya dimasukkan pada separuh masa kedua dan gagal membawa impak besar ketika Liverpool terikat seri 1-1 menentang Sunderland.


Pada April lalu, Salah telah menandatangani kontrak baharu yang mengikat masa depannya di Merseyside sehingga tahun 2027.

Perjanjian itu dimeterai susulan prestasi cemerlangnya membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan rekod 29 gol dan 18 bantuan gol dalam 38 penampilan.

Bagaimanapun, prestasi Salah dilihat merosot mendadak musim ini, seiring dengan pergelutan skuad kendalian Arne Slot yang kini berdepan tekanan akibat siri keputusan mengecewakan.

Penurunan prestasi Salah, yang selama ini menjadi sandaran utama penyokong The Reds, menyebabkan beliau disisihkan daripada kesebelasan utama Slot dalam dua aksi terakhir.

Menurut Redknapp, situasi ini menandakan hubungan kedua-dua pihak telah sampai ke jalan buntu.

"Dia adalah legenda Liga Perdana dan legenda Liverpool, sebab itulah saya rasa perkara ini tidak akan berakhir dengan baik.


"Situasi kini menjadi sukar kerana pengurus berdepan dengan pemain yang begitu penting di dalam bilik persalinan.

Salah tidak menandatangani kontrak baharu untuk duduk di bangku simpanan. Dia mahu bermain setiap minggu.

"Saya akan berasa amat kagum jika dia menghabiskan baki dua tahun kontraknya. Tiada apa yang mengejutkan dalam bola sepak – sama ada dia pergi pada Januari atau musim panas nanti," katanya kepada Sky Sports.

Mengulas mengenai destinasi seterusnya, Redknapp percaya keputusan terletak sepenuhnya di tangan Salah.


"Ramai yang menjangkakan dia ke Arab Saudi atau Amerika Syarikat, tetapi bagi saya ini adalah titik putus dalam hubungan mereka.

Tiada siapa yang tidak boleh digantikan, masa tidak menunggu sesiapa, dan keadaannya kini semakin sukar," ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/759311/berita/sukan/kerap-dipinggirkan-salah-diramal-tinggalkan-liverpool



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2025 09:07 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 02:14 PM GMT+8 , Processed in 1.360121 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list