Baru-baru ini, beberapa pemilik Toyota Vellfire datang bertanya tentang bunyi “hummm / pusingan” dari bahagian enjin.
Ramai ingat itu tanda masalah besar, tetapi sebenarnya punca biasa datang daripada Alternator.
Biasanya bila Alternator mula berbunyi:
Ada bunyi pusingan yang semakin jelas bila rev naik
Bunyi kedengaran dari bahagian depan enjin
Kereta masih boleh dipandu, tapi lebih baik buat pemeriksaan awal
Selalunya ia disebabkan oleh:
Bearing Alternator yang sudah haus
Tali engine belt yang longgar
Pulley mula berbunyi bila panas
Bukan isu kritikal, tapi lebih selamat kalau diperiksa awal supaya kereta kekal lancar dan tiada bunyi mengganggu.
Kalau anda juga memandu Vellfire / Alphard dan sedang dengar bunyi yang sama, boleh jadikan info ini sebagai rujukan