CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 225|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

[Copy link]
Post time 2-12-2025 10:57 PM | Show all posts |Read mode
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

BERNAMA - Disember 2, 2025 @ 8:13pm




Sivasangari mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Melissa Alves di pusingan kedua Terbuka Hong Kong. Foto: Fail NSTP



KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari akan membuat perhitungan dengan pemain nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy bagi memburu slot ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong, pemain nombor enam dunia itu menewaskan Melissa Alves dari Perancis 11-8, 5-11, 11-5, 11-7, untuk melangkah ke suku akhir.

Hania pula menewaskan pemain Wales, Tesni Murphy, 11-6, 11-2, 7-11, 11-8, bagi melepasi pusingan kedua.

Sivasangari yang juga pilihan ketujuh kejohanan dijangka berdepan laluan sukar setelah hanya memenangi dua daripada lapan pertemuan terdahulu ke atas pemain Mesir itu yang diundi sebagai pilihan utama kejohanan.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/12/1479865/sivasangari-mara-ke-suku-akhir-terbuka-hong-kong





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.097214 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list