CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Harga coklat meningkat 21 peratus di Jerman menjelang Krismas

[Copy link]
Post time 27-11-2025 09:18 AM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan | Freepik.com

FRANKFURT (Jerman): Rakyat Jerman perlu membayar lebih untuk coklat, biskut, dan manisan tradisional lain menjelang perayaan Krismas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat Statistik Persekutuan melaporkan pada Rabu bahawa harga coklat meningkat purata 21 peratus pada Oktober 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Harga bagi bar coklat dan produk coklat lain meningkat 16 peratus dalam tempoh setahun.

Pada Oktober, harga praline pula 22.1 peratus lebih mahal daripada tahun sebelumnya.

Sebaliknya, harga biskut meningkat kenaikan sederhana, hanya 1.7 peratus.

Sebagai perbandingan, harga pengguna keseluruhan di Jerman meningkat 2.3 peratus dalam tempoh yang sama, manakala harga makanan naik sebanyak 1.3 peratus.

Bagaimanapun, sesetengah produk yang dibuat tanpa coklat sebenarnya lebih murah pada Oktober 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Contohnya, gummy bears, gula-gula getah, dan produk seumpamanya adalah 2.8 peratus lebih murah berbanding pada 2024.

Memilih makanan lebih sihat juga lebih menjimatkan, dengan harga epal hanya meningkat 0.2 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Satu daripada sebab mengapa manisan coklat menjadi lebih mahal adalah peningkatan harga bahan-bahan penting seperti koko dan gula.

Harga koko, contohnya, meningkat ke paras tertinggi yang pernah direkodkan pada 2024.

Pengeluar memindahkan kos ini kepada pengguna, selain turut menekankan kos buruh, tenaga, dan pengangkutan yang tinggi di Jerman. — Bernama


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.111991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list