CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 291|Reply: 0

Serangan Pakistan ragut 10 nyawa di Afghanistan

[Copy link]
Post time 26-11-2025 09:15 AM | Show all posts |Read mode


KABUL: Serangan Pakistan sepanjang malam di kawasan Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa, menurut jurucakap kerajaan Taliban pada Selasa.
"Tentera penceroboh Pakistan mengebom rumah seorang penduduk awam tempatan.

"Akibatnya sembilan kanak-kanak (lima lelaki dan empat perempuan) dan seorang wanita mati di wilayah Khost," menurut jurucakap Zabihullah Mujahid dalam X.
Selain itu, serangan udara menyasari wilayah sempadan Kunar dan Paktika menyebabkan empat orang awam cedera, tambahnya.

Pengeboman itu susulan serangan bom nekad yang tidak diakui pada Isnin terhadap pasukan keselamatan Pakistan di sebuah wilayah bersempadan dengan Afghanistan.

Satu lagi letupan bom nekad di ibu negara Pakistan Islamabad bulan ini membunuh 12 orang dan diakui Taliban Pakistan yang berkongsi ideologi dengan Taliban Afghanistan.

Islamabad menuduh sebuah sel pengganas yang dibimbing setiap langkahnya oleh perintah utama yang berpangkalan di Afghanistan sebagai dalam serangan itu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.172200 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list