CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 252|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Qabil bangkit dari petak ke-17, julang podium di Jerez

[Copy link]
Post time 8-11-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode
QABIL Irfan cipta kejutan di Jerez apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Jerez.





Qabil bangkit dari petak ke-17, julang podium di Jerez



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 8 November 2025, 9:04 pm




KUALA LUMPUR – Pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan membuktikan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada petak ke-17 untuk menamatkan saingan di podium tempat ketiga Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, sebentar tadi.

Biarpun pada awalnya dilihat sukar untuk bersaing dengan kelompok hadapan, tindakan bijak Qabil memecut laju seawal di grid pelepasan menyaksikan beliau berjaya memintas seorang demi seorang pelumba dihadapannya.

Aksi tidak pernah putus asa membolehkan pelumba kelahiran Terengganu itu menempatkan dirinya dalam kelompok hadapan sebelum menamatkan saingan di podium ketiga selepas pertarungan sengit di selekoh terakhir.

“Pada perlumbaan tadi saya terus cuba mara ke depan dan pusingan pertama saya berjaya berada di kedudukan keenam dan cuba untuk mendahului, tapi tak sempat bina jurang.

Jadi, saya kekalkan kedudukan saya.

QABIL Irfan tampil cemerlang di Jerez.
Pada pusingan terakhir saya berada di tempat keempat dan cuba memotong pelumba di hadapan saya di selekoh terakhir dan berjaya melakukannya.

Kalau tengok photo finish, memang sangat rapat,” kata Qabil sejurus tamat perlumbaan.

Qabil yang telah mengesahkan gelaran juara keseluruhan kategori ESBK Talent itu akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga dan berazam untuk tampil lebih agresif terutama mencipta kemenangan.

“Esok saya akan bermula di petak ketiga dan saya akan lakukan sehabis baik untuk cuba menang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/08/qabil-bangkit-dari-petak-ke-17-julang-podium-di-jerez/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.431622 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list