Edited by eddlisa_uyuk at 6-11-2025 01:53 PM
Banduan adalah merupakan sebuah filem aksi debaran Malaysia tahun 2025. Filem ini diarahkan oleh Kroll Azry dan dibintangi oleh Aaron Aziz dalam peranan utama bersama Rosyam Nor, Afdlin Shauki, Fadhli Masoot dan Abi Madyan. Filem ini merupakan olahan semula rasmi bagi filem tamil, Kaithi (2019) arahan Lokesh Kanagaraj. Ia diterbitkan oleh Dream Warrior Pictures dan Number Twenty One Media.
Dalam filem ini, yang berlangsung hampir sepenuhnya dalam satu malam, seorang bekas banduan yang baru dibeaskan memandu sekumpulan anggota polis yang telah diracun ke hospital sambil mengelak daripada penjenayah, sebagai pertukaran untuk bertemu dengan anak perempuannya. Filem ini dijangka masuk panggung pada bulan 6 November 2025.
Sinopsis - Mengisahkan Inspektor Johari menjadi sasaran balas dendam dan ingin menyelamatkan rakan anggota polis yang lain. Jadi dia terpaksa bekerjasama dengan Dali, seorang bekas banduan yang ingin menebus masa silam demi anaknya. Sementara itu, ketua gengster, Rejab menyerang balai polis untuk membebaskan abangnya, Azarudin. Kini, Johari dan Dali harus berdepan dengan Rejab dan bakal menentukan sama ada undang-undang atau kekejaman yang akan menang. Pelakon : - Dato Aaron Aziz sebagai Dali
- Datuk Rosyam Nor sebagai Inspektor Johari
- Dato Afdlin Shauki sebagai Sarjan Yahya
- Fadhli Masoot sebagai Koboi
- Abi Madyan sebagai Rejab
- Adlin Aman Ramlie
- Amir Nafis sebagai Farid
- Esma Daniel
- Hushairy Hussein
- Hawra Jamalullail sebagai Hana
- Meynillen Thamil Selvan sebagai Naga
- Dayang Areeda
- Joshua Michael
- Zairi Aziz
- Shashi Tharan
- Sasidaran
- Zul Ariffin sebagai Azarudin, Abang kepada Rejab (Penampilan Khas)
|