
Gambar hiasan
ANKARA: Gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda bandar Sindirgi di barat Turkiye lewat malam semalam, kali kedua dalam tempoh kurang tiga bulan kawasan itu dilanda gegaran.
Gempa berlaku pada jam 10.48 malam waktu tempatan dan turut dirasai di ibu kota ekonomi Istanbul serta destinasi pelancongan Izmir, lapor agensi kecemasan Turki, AFAD.
Tiada laporan segera mengenai mangsa.
“Tiga buah bangunan dan sebuah kedai yang telah dikosongkan selepas gempa sebelum ini runtuh, namun tiada mangsa,” kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.
Pada 10 Ogos lalu, gempa bumi dengan magnitud yang sama telah meragut satu nyawa dan mencederakan puluhan yang lain di Sindirgi, sebuah bandar yang terletak di kawasan berbukit sekitar 138 kilometer timur laut Izmir.
Turkiye dilintasi oleh beberapa garis sesar geologi yang sebelum ini telah menyebabkan bencana besar di negara itu.
Gempa bumi pada Februari 2023 di wilayah barat daya telah mengorbankan 53,000 orang dan memusnahkan Antakya, lokasi bandar purba Antioch.
Pada awal Julai, gegaran bermagnitud 5.8 di kawasan yang sama mengakibatkan satu kematian dan mencederakan 69 orang.
|