CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 266|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia juara sulung HoK Nation Clash

[Copy link]
Post time 27-10-2025 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia juara sulung HoK Nation Clash

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





SKUAD e-sukan Malaysia tidak berdepan masalah besar apabila mudah muncul juara. FOTO IG HONOR OF KING MALAYSIA




Kuala Lumpur: Skuad e-sukan Malaysia tidak berdepan masalah besar apabila mudah muncul juara pada kejohanan sulung Honor of Kings (HoK) Nation Clash selepas menewaskan pasukan Filipina pada aksi grand final, semalam.

Dalam aksi akhir itu, Malaysia yang diwakili Homebois x Black Shrew Esport (HBSE) dan Alpha Gaming pada awalnya dijangka akan berdepan tentangan sengit daripada Blacklist International dan WeTrnd Esports, namun sebaliknya berlaku apabila meraih kemenangan 4-0 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$20,000 (RM84,270).

Menurut pemain negara, Lim Chee Hong atau Zhibong, kerjasama antara rakan sepasukan amat penting dalam permainan berpasukan kerana tanpa elemen itu, sukar bagi mana-mana skuad untuk mencapai kejayaan.

"Saya tidak kisah siapa pun rakan sepasukan kerana saya percaya mereka. Sebab itu kepercayaan amat penting dalam permainan, dan malam ini (semalam) kami percaya antara satu sama lain sebab itu kami juara," katanya.

Selain itu, pemain HBSE, Wong Yit Siang, dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (FMVP) di pentas final selepas mempamerkan aksi cemerlang untuk membantu pasukannya menjuarai kejohanan berkenaan.

Kejohanan itu menyaksikan enam pasukan kebangsaan dari Malaysia, Filipina dan Indonesia berentap selama empat hari bermula Khamis lalu. Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai kuasa baharu yang semakin meningkat dalam arena HoK peringkat serantau.

Selepas ini, Malaysia akan menyertai Honor of Kings International Championship (KIC) yang dijadual berlangsung di Manila, Filipina, dari 14 hingga 30 November depan, dengan jumlah hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM4.21 juta) menjadi rebutan.



Disiarkan pada: Oktober 27, 2025 @ 7:37pm

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/10/1280672/malaysia-juara-sulung-hok-nation-clash




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list