CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

Hamas umum Lintasan Rafah dibuka semula minggu depan, 200,000 penduduk kembali ke utara Gaza

[Copy link]
Post time 11-10-2025 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-10-2025 06:09 PM



Penduduk Palestin yang dipindahkan ke selatan Gaza berjalan di sepanjang jalan ketika mereka kembali ke utara selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa, di bahagian tengah Semenanjung Gaza, pada Jumaat. - Gambar Reuters

GAZA: Para pengantara memaklumkan kepada Hamas bahawa lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula di kedua-dua arah minggu depan susulan pelaksanaan gencatan senjata dengan Israel, lapor Xinhua.
Sumber Hamas memberitahu saluran Al-Aqsa TV, lintasan itu dijangka dibuka semula pertengahan minggu depan bagi membolehkan pergerakan keluar masuk ke wilayah berkenaan, namun, tiada butiran lanjut diberikan mengenai operasi atau kategori individu yang dibenarkan melaluinya.

Menurut sumber itu, para pengantara turut memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan serta bekalan penting termasuk bahan api dan gas akan mula dibenarkan masuk ke Gaza secara bebas bermula Sabtu, selain perbincangan sedang dijalankan bagi memulihkan bekalan elektrik di wilayah yang menempatkan lebih dua juta penduduk itu.

Pengumuman dibuat selepas tentera Israel mengesahkan bahawa gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa tengah hari Jumaat.

Tentera Israel berkata, pasukannya telah berundur dan disusun semula mengikut garis baharu "selaras dengan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan."

Susulan gencatan senjata itu, kira-kira 200,000 penduduk Palestin dilaporkan kembali ke utara Gaza, kata jurucakap Agensi Pertahanan Awam yang dikendalikan Hamas, Mahmud Bassal.

Beliau berkata, penduduk mula bergerak ke utara selepas tentera Israel berundur dari beberapa kawasan, dan pasukan kemanusiaan kini membantu keluarga serta membuka semula jalan utama.

Saksi melaporkan, pergerakan di sepanjang Jalan Al-Rashid dan Salah al-Din apabila ribuan orang berjalan atau memandu pulang ke kediaman masing-masing.
Gencatan senjata tercapai selepas beberapa hari rundingan di Mesir yang turut melibatkan pertukaran tahanan serta rancangan pembukaan semula lintasan sempadan dan kemasukan bantuan ke Gaza.

Di bawah perjanjian itu, Israel dijangka menghentikan pertempuran dan menarik balik sebahagian tenteranya dari Semenanjung Gaza, manakala Hamas akan membebaskan semua baki tawanan sebagai pertukaran bagi pembebasan kira-kira 2,000 tahanan Palestin.

-- BERNAMA


Sumber : astroawani








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
Tak tidur lagi ke?
maklukpenggodaTak tidur lagi ke?
Views : 18490 Replies : 32
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 1556 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7068 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30518 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 2424 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 1.014006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list