CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 415|Reply: 0

Sebarang pencerobohan ke atas Rusia akan dibalas dengan "tindakan tegas": Lavrov

[Copy link]
Post time 30-9-2025 03:05 PM | Show all posts |Read mode


Gambar AFP

NEW YORK: Sebarang pencerobohan terhadap Rusia “akan dibalas dengan tindakan tegas,” kata Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dalam ucapannya pada perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sabtu, lapor Xinhua.

Beliau berkata negara-negara Barat semakin kerap mengugut untuk menggunakan kekerasan terhadap Rusia, sambil menuduh Moscow hampir merancang untuk menyerang negara anggota NATO dan Kesatuan Eropah.

Menekankan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin berulang kali menafikan provokasi sedemikian, Lavrov menegaskan bahawa Rusia tidak pernah dan tidak mempunyai niat sebegitu.

Mengenai konflik Rusia-Ukraine, Lavrov berkata seperti yang ditegaskan berulang kali oleh presiden Rusia, negara itu sejak awal lagi terbuka kepada rundingan bagi menyelesaikan punca sebenar konflik itu.

Beliau berkata keselamatan dan kepentingan Rusia mesti dijamin dengan kukuh, dan hak rakyat Rusia serta penutur bahasa Rusia di wilayah yang masih berada di bawah kawalan Ukraine perlu dipulihkan serta dihormati.

“Atas dasar ini, kami bersedia membincangkan jaminan keselamatan untuk Ukraine,” katanya.

Bagi hubungan Rusia-AS, Lavrov berkata Rusia meletakkan harapan tertentu terhadap kesinambungan dialog antara kedua-dua negara, khususnya selepas sidang kemuncak di Alaska pada Ogos lalu.

Menurutnya, Rusia melihat aspirasi oleh pihak AS bukan sahaja untuk menyumbang kepada usaha mencari jalan penyelesaian realistik terhadap krisis Ukraine, tetapi juga hasrat membangunkan kerjasama pragmatik tanpa terikat dengan pendirian ideologi.

Lavrov menegaskan Rusia dan Amerika Syarikat memikul tanggungjawab khas terhadap keadaan dunia serta mengelakkan risiko yang boleh menjerumuskan manusia ke kancah perang baharu.

Beliau turut mengulangi inisiatif baharu yang dicadangkan oleh Putin — Moscow bersedia mematuhi had senjata nuklear selama setahun selepas Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik Baharu (New START) tamat pada Februari 2026, dengan syarat Amerika Syarikat melakukan perkara sama dan tidak mengambil tindakan yang boleh menggugat keseimbangan keupayaan pencegahan sedia ada.

Ditandatangani Rusia dan Amerika Syarikat pada 2010, perjanjian New START mengehadkan jumlah kepala peledak nuklear dan sistem penghantaran strategik.

Ia mula berkuat kuasa pada 5 Feb 2011, dan sepatutnya tamat pada 5 Feb 2021. Moscow dan Washington kemudiannya melanjutkan perjanjian itu selama lima tahun hingga Februari 2026.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 13798 Replies : 7
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 20413 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 1785 Replies : 2
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44149 Replies : 594
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.520461 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list