CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 275|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Skuad futsal negara tak mampu halang kehebatan Iran

[Copy link]
Post time 24-9-2025 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Skuad futsal negara tak mampu halang kehebatan Iran

Mohd Rafi Mamat[email protected]





KAPTEN skuad futsal negara, Khairul Effendy Bahrin (kanan) cuba menghalang pemain Iran pada perlawanan di Sukpa, malam tadi. FOTO FAM




Kuantan: Skuad futsal negara menamatkan saingan Kelayakan Futsal Piala Asia dengan kekecewaan apabila tewas 0-4 di tangan Iran di Stadium Tertutup Sukpa, malam ini.

Memulakan perlawanan di hadapan lebih 8,000 penyokong, pasukan negara begitu bersemangat melancarkan serangan hingga menimbulkan tekanan kepada pelawat.

Namun, anak buah Rakhpol Sainetngam dikejutkan dengan gol awal Iran menerusi Mehdi Mehdikhani pada minit kedua.

Peluang terbaik Harimau Malaya menghasilkan jaringan muncul dua minit kemudian, namun percubaan Mohamad Danial Dain sedikit tersasar selepas penjaga gol pelawat, Saeid Momeni sudah tertewas.

Iran melebarkan jurang gol menerusi jaringan pada minit ke-12, apabila Mohamhad Hossein Derakhshani menewaskan penjaga gol negara, Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim dan kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan skuad negara lebih tertekan berhadapan serangan bertali arus pelawat.

Iran yang juga juara Piala Futsal Asia sebanyak 13 kali menambah jaringan menerusi ketua pasukan Hossein Tayebibidgoli pada minit ke-33 dan berselang tiga minit kemudian, Ali Khalil Vand Somehsofla menyumbang gol keempat pelawat.

Kemenangan itu membolehkan Iran mendahului kumpulan dengan sembilan mata manakala skuad negara di tempat kedua dengan enam mata.

Dalam satu lagi aksi kumpulan itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menewaskan Bangladesh 8-2.

Pasukan Harimau Malaya kini terpaksa menunggu keputusan aksi Kumpulan E di Hong Kong, sama ada berpeluang atau tidak beraksi pada saingan Futsal Piala Asia 2026 di Jakarta, Indonesia.



Disiarkan pada: September 24, 2025 @ 10:28pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/09/1267775/skuad-futsal-negara-tak-mampu-halang-kehebatan-iran





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.621993 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list