CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 852|Reply: 5

Mahu pekerja ceraikan isteri, bos wanita hulur pampasan RM2 juta! Tapi minta semula selepas hubungan tak serasi

[Copy link]
Post time 23-9-2025 09:36 AM | Show all posts |Read mode





SEORANG ahli perniagaan wanita menjadi bualan hangat selepas sanggup memberi jutaan ringgit kepada pekerja lelakinya yang sudah berumah tangga supaya bercerai.


Tindakannya yang sanggup membiayai pampasan penceraian berkenaan didorong rasa cinta terhadap pekerja terbabit.


Bagaimanapun wanita tersebut menuntut semula wang itu selepas skandal mereka berakhir.


Segalanya bermula apabila wanita dikenali sebagai Zhu iaitu pemilik syarikat di Chongqing di China, jatuh hati kepada pekerjanya yang dikenali sebagai He.


Ketika itu, kedua-dua mereka masih berstatus suami dan isteri orang.


Zhu kemudiannya menghulurkan wang kepada isteri He, iaitu Chen, sebagai pampasan penceraian serta wang sokongan untuk anak pasangan berkenaan.


Selepas bercerai, He dan Zhu tinggal bersama selama setahun sebelum berpisah kerana menyedari mereka tidak serasi.


Tidak berpuas hati, Zhu membawa kes itu ke mahkamah untuk menuntut semula 3 juta yuan (RM2 juta) yang diberikannya sebelum ini.


Pada peringkat pertama, mahkamah memutuskan wang itu perlu dikembalikan kerana dianggap hadiah tidak sah yang melanggar tatasusila.


Namun dalam rayuan, mahkamah atasan membatalkan keputusan tersebut dengan alasan wang itu sebenarnya dibayar bagi pihak He kepada bekas isterinya sebagai pampasan penceraian dan perbelanjaan anak.


Mahkamah turut menyifatkan tindakan Zhu menuntut kembali wang itu sebagai tidak berintegriti kerana dia yang mempercepatkan proses perceraian tersebut melalui sokongan kewangan. -Agensi





Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2025 11:00 AM | Show all posts
dahsyat tul         hahaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 11:23 AM | Show all posts
tAK SERASYI SBB tang tut depa bushy kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 04:06 PM | Show all posts
dah bagi minta balik...tak malu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2025 04:32 PM | Show all posts
buruk siku namanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah abes 2 juta baru tau jantan tu xberguna ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:00 PM GMT+8 , Processed in 3.408280 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list