CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Verstappen unggul, Piastri tergelincir

[Copy link]
Post time 21-9-2025 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Verstappen unggul, Piastri tergelincir

AFP




VERSTAPPEN meraikan kejayaan di Baku. FOTO AFP



Baku: Max Verstappen menamatkan penantian untuk menang di litar jalan raya penuh berliku di Baku apabila mudah menjuarai Grand Prix (GP) Azerbaijan, selepas pendahulu kejuaraan Oscar Piastri terbabas seawal pusingan pertama.

Pelumba Red Bull itu mempamerkan pemanduan meyakinkan dari mula hingga bendera penamat, sekali gus meraih kemenangan keempat musim ini dan ke-67 sepanjang kerjaya, dengan kelebihan 14.609 saat (s) mengatasi George Russell (Mercedes) dan 19s di depan Carlos Sainz (Williams) yang menamatkan penantian podium pertamanya sejak meninggalkan Ferrari.

Lebih manis buat Verstappen, kemenangan ini hadir bersama 'grand slam' keenam dalam karier, bermula dari petak utama, menang dan catat pusingan terpantas.

Ia juga menjadikan jumlah pusingan yang dipimpinnya musim ini melebihi pencabar utama, Lando Norris.


Piastri yang bermula dengan kelebihan 31 mata melakukan kesilapan besar apabila melanggar penghadang di selekoh enam, sekali gus menamatkan rekod 34 perlumbaan berturut-turut dalam kelompok mata.


Nasib malang rakan sepasukan itu sepatutnya menjadi peluang keemasan Norris, namun pelumba McLaren itu sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh selepas pit stop yang berantakan.

Kini, perebutan gelaran semakin terbuka dengan Piastri masih mendahului dengan 324 mata, diikuti Norris (299) dan Verstappen (255) yang semakin mendekat.

Bagi Russell, podium kedua musim ini bagaikan penyembuh sakit selepas bergelut dengan kesihatan sepanjang hujung minggu, manakala Sainz yang melonjak ke tempat ketiga jelas terharu dengan pencapaian terbaik bersama Williams.

"Vamos, vamos! Ini lebih manis daripada podium pertama saya. Sukar nak digambarkan perasaan ini," jerit Sainz di radio pasukan.

Perlumbaan berlangsung jauh lebih tenang berbanding sesi kelayakan yang penuh drama dengan enam bendera merah.

Selepas insiden Piastri dan penalti lima saat buat Fernando Alonso kerana permulaan palsu, Verstappen langsung tidak digugat, membiarkan pelumba lain berebut 'sisa' di belakangnya.



Disiarkan pada: September 21, 2025 @ 10:52pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1266597/verstappen-unggul-piastri-tergelincir





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2025 12:17 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 1.154026 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list