CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Wanyonyi julang emas dunia 800m

[Copy link]
Post time 20-9-2025 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Wanyonyi julang emas dunia 800m

AFP




WANYONYI selepas menamatkan larian dengan cemerlang. FOTO AFP



Tokyo: Jaguh Olimpik Kenya, Emmanuel Wanyonyi menambah koleksi kejuaraannya apabila muncul juara dunia acara 800 meter (m) lelaki selepas meraih kemenangan sengit di Stadium Nasional Tokyo.

Wanyonyi, 21, mencatat rekod kejohanan 1 minit 41.86 saat (s) untuk meraih emas, hanya empat perseratusan saat mendahului pelari Algeria, Djamel Sedjati yang membuat pecutan deras di garisan penamat.

Penyandang juara dari Kanada, Marco Arop kali ini berpuas hati dengan pingat gangsa selepas menamatkan saingan dengan catatan 1:41.95s, sekali gus menyaksikan berlaku pertukaran kedudukan podium berbanding di Olimpik Paris tahun lalu.

Seperti kelazimannya, Wanyonyi yang terkenal dengan corak larian gun to tape terus meluru ke hadapan sebaik sahaja pistol dilepaskan dengan Arop setia membayangi.


Kedua-dua pelari sempat bergesel bahu sebelum wakil Kenya itu mengekalkan rentak, merekodkan 49.27s pada 400m pertama.


Namun, usaha untuk meninggalkan kelompok pelari lain tidak berhasil.

Ketika memasuki selekoh terakhir, Arop kembali mencabar sambil disusuli Sedjati yang melakukan larian luar biasa dari kedudukan keenam.

Bagaimanapun, Wanyonyi masih mempunyai simpanan tenaga untuk melakukan henjutan terakhir dan memastikan emas menjadi miliknya dengan perbezaan paling tipis.

Pelari Ireland, Cian McPhillips yang menjadi wakil pertama negaranya mara ke final 800m Kejohanan Dunia menamatkan saingan di tempat keempat (1:42.15s).

Menariknya, semua lapan pelari mencatat masa bawah 1:43s, menandakan perlumbaan itu antara yang terbaik dalam sejarah.

Rekod dunia milik David Rudisha (1:40.91s) yang dilakukan ketika Olimpik London 2012 kekal utuh.

Bekas juara Olimpik berganda itu turut hadir menyaksikan aksi di stadium bersama Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe.



Disiarkan pada: September 20, 2025 @ 11:00pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/09/1266262/wanyonyi-julang-emas-dunia-800m




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.854511 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list