CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 251|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] DinFei tewas di suku akhir China Masters

[Copy link]
Post time 19-9-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi berdepan kekecewaan apabila tersingkir di suku akhir China Masters 2025, sebentar tadi.





DinFei tewas di suku akhir China Masters



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 19 September 2025, 2:58 pm


Share on facebook

Share on linkedi




BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi berdepan kekecewaan apabila tersingkir di suku akhir China Masters 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri di Shenzhen Arena, hari ini.

Turun selaku pilihan ketiga, Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking No. 3 dunia nyata gagal menemui rentak terbaik sejak awal perlawanan apabila tewas 16-21 pada set pertama kepada Fajar-Shohibul.

Kebangkitan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila gandingan negara terus hilang fokus sehingga mudah tunduk 11-21 pada set kedua sekali gus akur dengan kekalahan straight set dalam masa hanya 34 minit.

Lebih pedih, lawan yang kini berada di ranking No. 76 dunia itu baru sahaja digandingkan dua bulan lalu, namun mampu mempamerkan aksi lebih tersusun berbanding beregu utama negara.

Sejak meraih status beregu No. 1 dunia pada penghujung Mei lalu, prestasi Sze Fei-Izzuddin mula merudum apabila tersekat di suku akhir dalam tiga kejohanan berturut-turut bermula Malaysia Masters, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

Malah, musim gandingan yang mesra disapa DinFei dalam kalangan peminat itu juga dihantui aksi tidak konsisten apabila hanya berjaya mara ke final sebanyak dua kali tahun ini di Terbuka India (Januari) dan Terbuka Jepun pada Julai lalu.

Satu-satunya gelaran yang mampu dibawa pulang oleh mereka hadir bagi kalendar tahun 2024 adalah ketika Terbuka India.

Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$4,062 (RM17,111) dengan kejayaan ke suku akhir, tetapi persoalan mengenai konsistensi mereka terus menjadi tanda tanya menjelang siri kejohanan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/09/19/dinfei-tewas-di-suku-akhir-china-masters/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.586561 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list