CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

[Sukan Bermotor] F1 tambah perlumbaan pecut

[Copy link]
Post time 14-9-2025 08:18 PM | Show all posts |Read mode
PERLUMBAAN pecut dilihat mampu menarik lebih banyak tontonan peminat di litar dan televisyen. - AFP





F1 tambah perlumbaan pecut

  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 14 September 2025, 10:30 am











  • LONDON – Perlumbaan Formula Satu (F1) dijangka menambah jumlah saingan pecut daripada enam kepada 10 pusingan semusim seawal 2027 berikutan sokongan semakin meningkat daripada penganjur, pasukan dan peminat.




Format pecut diperkenalkan sejak 2021 bagi menambah tarikan penonton hujung minggu Grand Prix dengan lebih banyak aksi kompetitif untuk tontonan di litar mahupun televisyen.

Bermula dengan tiga pusingan, jumlah itu dinaikkan kepada enam sejak 2023 dengan formatnya turut beberapa kali diubah suai bagi mengatasi kritikan awal.

Sokongan terhadap format tersebut terus bertambah, terutama daripada penganjur yang melihatnya sebagai nilai tambah untuk peminat.

Pengasas bersama Litar Americas (COTA), Bobby Epstein berkata, meskipun ia tidak melonjakkan jualan tiket secara ketara, perlumbaan pecut jelas memberi pengalaman lebih berbaloi kepada penonton.

“Saya rasa ia memberikan lebih nilai kepada tiket. Peminat nampaknya semakin menerima format ini. Ia meningkatkan hiburan sepanjang hujung minggu dan kami sentiasa menghargai perkara itu,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi penganjur GP Miami, Tyler Epp yang mengakui perlumbaan pecut menyaksikan peningkatan ketara jumlah penonton pada Sabtu sejak diperkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali pula mengesahkan permintaan untuk menganjurkan lebih banyak saingan pecut semakin tinggi, bukan sahaja daripada penganjur malah dalam kalangan pelumba. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2025/09/14/f1-tambah-perlumbaan-pecut/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.423734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list