CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 217|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysian Tigress benam Taiwan 8-0

[Copy link]
Post time 13-9-2025 09:31 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIAN Tigress pada aksi Piala Asia 2025 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou, sebentar tadi. - MHC





Malaysian Tigress benam Taiwan 8-0



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 13 September 2025, 4:11 pm




PETALING JAYA – Skuad hoki wanita negara tidak menunjukkan belas kasihan apabila membelasah Taiwan 8-0 pada aksi klasifikasi Piala Asia 2025 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou, sebentar tadi.

Skuad kendalian Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bermula garang apabila Siti Nur Arfah Mohd Nor membuka tirai jaringan seawal minit ketiga sebelum Nur Afiqah Syahzani Azhar menggandakan kelebihan menerusi pukulan sudut penalti seminit kemudian.

Rentak serangan terus berterusan dengan Nuramirah Shakirah Zulkifli meledak dua gol pada minit ke-10 dan 16, diikuti Siti Nur Arfah yang menambah jaringan peribadi pada minit ke-18. Nur Aisyah Che Musa (20’) dan Hanis Nadiah Onn (21’, PC) turut mencatat nama sebelum Nur Afiqah melengkapkan pesta gol pada minit ke-29.

“Alhamdulillah kita menang lagi hari ini. Permulaan yang baik di suku pertama dan kedua, pemain berjaya menghukum lawan dengan corak permainan kemas dan cantik,” kata Nasihin selepas perlawanan.

Bagaimanapun, jurulatih itu mengakui intensiti permainan sedikit menurun selepas rehat berikutan beberapa pemain berdepan kecederaan ringan dan mula mengawal tenaga menjelang aksi terakhir kempen.

“Di suku ketiga dan keempat ada pemain yang cedera, jadi mereka cuba simpan tenaga untuk perlawanan seterusnya. Tetapi arahan untuk terus memberi tekanan tetap dilaksanakan dan ia membuahkan hasil,” jelasnya.

Nasihin mahu anak buahnya mengekalkan momentum menjelang aksi terakhir menentang Singapura atau Thailand dalam penentuan tempat kelima.

“Saya harap pemain kekal fokus dan bersedia dari segi mental. Mereka perlu teruskan semangat juang dan all out pada perlawanan terakhir,” ujarnya.– KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/09/13/malaysian-tigress-benam-taiwan-8-0/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.503538 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list