CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysian Tigress mudah belasah Thailand

[Copy link]
Post time 11-9-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA mengesahkan slot ke penentuan tempat kelima dan keenam selepas menewaskan Thailand 6-2 hari ini. - MHC




Malaysian Tigress mudah belasah Thailand



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 11 September 2025, 5:15 pm




PETALING JAYA – Skuad hoki wanita negara terus menunjukkan taring apabila membelasah Thailand 6-2 pada klasifikasi penentuan tempat kelima hingga kelapan Piala Asia 2025 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou hari ini.

Malaysian Tigress membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Khairunnisa Ayuni Mohd. Sharuddin hasil pukulan sudut penalti (PC) sebelum Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad menambah gol kedua pada minit ke-21.

Thailand cuba bangkit apabila Supansa Samanso merapatkan kedudukan pada minit ke-28, namun Nuramirah Shakirah Zulkifli menutup separuh masa pertama dengan jaringan padang pada minit ke-30 untuk kedudukan 3-1.

Skuad negara tidak menunggu lama selepas rehat apabila Azmyra Mia Sofea Azhari menambah gol keempat pada minit ke-35, diikuti jaringan penalti stroke Samanso sekali lagi pada minit ke-42 untuk Thailand.

Bagaimanapun, Malaysian Tigress terus garang dengan dua lagi gol menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar (m-43) dan Nuramirah Shakirah (m-45) untuk memastikan kemenangan bergaya 6-2 sekali gus mengekalkan harapan menamatkan kempen di kedudukan kelima terbaik.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli Ibrahim berpuas hati dengan disiplin pemain yang berjaya memanfaatkan peluang sejak awal permainan.
NASIHIN berharap anak-anak buahnya mengekalkan momentum dengan menewaskan Taiwan dalam aksi berikutnya. – MHC


“Alhamdulillah, para pemain hari ini menunjukkan persembahan yang baik. Dari awal kita mencipta banyak peluang dan menjaringkan enam gol yang baik. Walaupun melepaskan dua gol, pemain tetap kekal fokus sehingga tamat permainan,” katanya.

Nasihin turut memuji peningkatan keberkesanan pukulan sudut penalti yang menjadi kunci kemenangan kali ini.

“Permainan PC kita agak baik dan pemain berjaya menyempurnakan peluang yang ada. Ia memberikan keyakinan tambahan untuk aksi seterusnya,” ujarnya.

Mengulas persiapan menjelang aksi menentang Taiwan, Nasihin menegaskan beberapa kelemahan terutama daripada aspek penyudah dan benteng pertahanan perlu segera diperbaiki bagi memastikan skuad negara tampil lebih kemas.

“Kami akan terus fokus kepada latihan, khususnya memperbaiki finishing dan kekuatan bertahan. Dua perlawanan ini penting untuk dijadikan pengalaman berharga sebagai persediaan ke Sukan SEA,” katanya.

Malaysia kini bakal kembali berdepan Taiwan dalam aksi klasifikasi, lawan yang pernah dibelasah 11-1 pada peringkat kumpulan.

Rekod tersebut pasti memberi kelebihan psikologi buat Malaysian Tigress untuk mengekalkan momentum kemenangan dan menutup kempen dengan keputusan lebih meyakinkan. – KOSMO! ONLINE.

https://www.kosmo.com.my/2025/09/11/malaysian-tigress-mudah-belasah-thailand/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.101956 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list