CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 228|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Pukulan sudut penalti bantu Speedy Tigress benam Singapura 5-1

[Copy link]
Post time 10-9-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Pukulan sudut penalti bantu Speedy Tigress benam Singapura 5-1



September 10, 2025 @ 5:51pm





Malaysia tewaskan Singapura 5-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Piala Asia Wanita 2025. FOTO/MHC



KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan tidak berdepan masalah menepati ramalan apabila menundukkan Singapura 5-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Piala Asia Wanita 2025 di Hangzhou, China, hari ini.

Lebih menarik, Malaysia memperagakan aksi tajam dari segi pukulan sudut penalti apabila kesemua gol mereka dijaringkan menerusi situasi tersebut pada aksi yang berlangsung di Gongshu Canal Sports Park.

Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum menggandakan koleksi peribadi pada minit ke-20.

Dayang Nuramirah Abang Mahadini turut menyerlah dengan dua gol pantas pada minit ke-16 dan ke-18.

Nuramirah Shakirah Zulkifli melengkapkan pesta jaringan skuad Speedy Tigress pada minit ke-41, sebelum perlawanan terhenti hampir sejam di suku keempat akibat cuaca buruk.

Bagaimanapun, sebaik permainan bersambung pada minit ke-50, benteng pertahanan negara akhirnya ditembusi apabila Johana Hajarith menyumbat gol sagu hati Singapura, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

Malaysia bakal meneruskan cabaran menentang Thailand esok, sebelum menutup saingan klasifikasi menentang Taiwan.

Hanya dua pasukan teratas akan mara ke penentuan tempat kelima, Ahad ini.

Malaysia sebelum ini menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga dengan tiga mata sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok dua pasukan terbaik untuk mara ke pusingan 'Super 4s'.

Speedy Tigress memulakan kempen dengan langkah sumbang apabila dibelasah China 0-8, Jumaat lepas sebelum bangkit membenam Taiwan 11-1 keesokan harinya, namun sekali lagi tewas kepada Korea Selatan 0-5 pada aksi terakhir Kumpulan A, Isnin lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah kejohanan ini adalah tempat ketiga pada edisi sulung di Seoul, 1985. -BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/09/1444553/pukulan-sudut-penalti-bantu-speedy-tigress-benam-singapura-5-1





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.465426 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list