CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Korea sekat hajat Speedy Tigress ke Super 4 Piala Asia

[Copy link]
Post time 8-9-2025 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Korea sekat hajat Speedy Tigress ke Super 4 Piala Asia

September 8, 2025 @ 7:26pm





Skuad hoki wanita negara akan beraksi di peringkat klasifikasi tempat kelima hingga kelapan bermula Rabu ini. Foto Konfederasi Hoki Asia



KUALA LUMPUR: Hasrat skuad hoki wanita kebangsaan untuk mara ke pusingan Super 4 Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2025 di Hangzhou, China, terkubur selepas dibelasah juara tiga kali, Korea Selatan 0-5 pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini.

Perlawanan di Gongshu Canal Sports Park Stadium menyaksikan pemain berpengalaman Cheon Eunbi menjadi watak utama apabila meledak dua gol padang dalam tempoh tiga minit, masing-masing pada minit ke-27 dan ke-30, sekali gus membantu pasukannya mengesahkan slot ke pusingan Super 4.

Terdahulu, pasukan kendalian Kim Yoon membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Kim Eunji pada minit ke-12, sebelum Jeong Dabin menambah gol kedua hasil situasi sama pada minit ke-39.

Cho Hyejin kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Korea dengan jaringan padang dua minit sebelum perlawanan tamat.

Keputusan itu menyaksikan Speedy Tigress kekal di tangga ketiga Kumpulan A dengan tiga mata, sekali gus gagal menempatkan diri dalam kalangan dua pasukan terbaik untuk mara ke Super 4.

Korea kini menerajui carta Kumpulan A selepas mengumpul enam mata dengan kelebihan jaringan lebih besar (14) berbanding tuan rumah, China (11), yang berkongsi jumlah mata sama di tempat kedua, manakala Taiwan kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

China, yang juga juara dua kali, dijadual menutup saingan Kumpulan A menentang Taiwan pada pukul 7 malam ini.

Malaysia sebelum ini memulakan kempen dengan langkah sumbang apabila tewas 0-8 kepada China, Jumaat lepas, sebelum bangkit membenam Taiwan 11-1 semalam.

Skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu akan meneruskan cabaran di peringkat klasifikasi tempat kelima hingga kelapan bermula Rabu ini.

Pencapaian terbaik skuad negara dalam kejohanan ini adalah meraih tempat ketiga pada edisi sulung 1985 di Seoul. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/09/1443719/korea-sekat-hajat-speedy-tigress-ke-super-4-piala-asia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061272 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list