CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysian Tigress benam Taiwan 11-1

[Copy link]
Post time 7-9-2025 09:18 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD hoki wanita negara dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Asia 2025. - MHC





Malaysian Tigress benam Taiwan 11-1



  • Oleh AIZATIE NAJMIN SULAIMAN
  • 7 September 2025, 8:08 pm




PETALING JAYA – Skuad hoki wanita negara bangkit garang apabila membelasah Taiwan 11-1 pada aksi kedua Kumpulan A Piala Asia 2025, sehari selepas dimalukan tuan rumah China dengan kekalahan besar 0-8.

Malaysia membuka tirai perlawanan pertama dengan langkah kiri apabila gagal mengekang asakan China yang menjaringkan gol seawal minit pertama sebelum mengakhiri aksi dengan pesta lapan gol tanpa balas.

Bagaimanapun, anak buah Mohd Nasihin Nubli Ibrahim tidak patah semangat dan kembali ke gelanggang dengan semangat baharu apabila giliran Taiwan pula menjadi mangsa.

Nur Afiqah Syahzani Azhar muncul wira dengan hatrik pada minit ke-2, 23 dan 60, manakala Nuramirah Shakirah Zulkifli turut menyumbang dua gol.

Siti Nur Arfah Mohd Nor melengkapkan kemenangan besar dengan dua jaringan pada separuh masa kedua.

Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah Hanis Nadiah Onn (14’), Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin (8’, 32’) dan Fatin Shafika Mahd Sukri (21’), sementara Taiwan hanya mampu memperoleh gol menerusi pukulan penalti Huang Yu-Ting pada minit ke-59.

Ketua jurulatih, Nasihin Nubli menyifatkan kemenangan itu sebagai tonik penting selepas aksi pertama yang mengecewakan.

“Alhamdulillah kita dapat menang hari ini. Satu keputusan yang bagus untuk dibawa ke perlawanan seterusnya. Paling penting, pemain dapat kembali dengan mentaliti positif,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengingatkan skuad Malaysian Tigress supaya lebih tajam dalam menyudahkan pukulan sudut penalti (PC) selepas hanya berjaya menjaringkan empat daripada 15 percubaan menentang Taiwan.

“Kami tahu aksi seterusnya bertemu Korea pasti lebih mencabar. Mereka pasukan berdisiplin, memiliki kecergasan tinggi serta pengalaman luas. Jadi pemain perlu fokus sepenuhnya dan memanfaatkan setiap peluang,” jelasnya.

Malaysian Tigress kini wajib mengekalkan momentum menentang Korea Selatan bagi memburu tiket ke separuh akhir, sekali gus membuka laluan ke pentas final dan perebutan slot automatik ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda. KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/09/07/malaysian-tigress-benam-taiwan-11-1/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.573633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list