CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kristian Tung pecah rekod kebangsaan 10km jalan raya

[Copy link]
Post time 7-9-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Kristian Tung pecah rekod kebangsaan 10km jalan raya

Oleh Helmi Talkah - September 7, 2025 @ 4:50pm





Kristian Tung ketika memenangi emas acara 5000m pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak di Stadium Sarawak. - BERNAMA



KUALA LUMPUR: Atlet lari jarak jauh negara, Kristian Tung terus mencuri tumpuan apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan, kali ini dalam acara 10 kilometer (km) jalan raya di Kejohanan Rotterdam Big Series 10, semalam.

Atlet berusia 21 tahun dari Wilayah Persekutuan itu mencatat masa 30 minit 07 saat, sekali gus memadam rekod 31:01 milik Sanjay Manimaran dilakukan di Songkhla Marathon, Thailand bulan lalu.

Ia adalah rekod kebangsaan kedua Kristian dalam tempoh sebulan selepas dia menamatkan acara 3,000 meter (m) dengan catatan 8:15.81 pada Kejohanan British Milers Club di United Kingdom, bulan lalu sekali gus meleburkan rekod lama 40 tahun milik S. Muthiah (8:27.00).

Kristian yang pernah meraih tiga pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun lalu kini berpangkalan di United Kingdom dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sains Sukan dan Matematik di Universiti Loughborough, selain menjalani latihan di bawah kendalian bapanya sendiri.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim mengakui bangga dengan pencapaian Kristian namun memaklumkan rekod berkenaan hanya akan disahkan selepas badan induk itu menerima dokumen rasmi daripada penganjur di Rotterdam.

"Catatan Kristian ini kita terima sebagai antara masa terpantas pernah dilakukan atlet negara. Tetapi untuk diiktiraf sebagai rekod kebangsaan, kita perlu menunggu semua dokumen daripada penganjur kejohanan.

"Setakat ini, catatannya sudah disenaraikan oleh Olahraga Dunia dan ia membuktikan persiapannya ke Sukan SEA Thailand berada di landasan tepat. Dengan latihan konsisten di UK, kita percaya Kristian mampu melakukan kejutan di pentas Sukan SEA," katanya.

Karim turut optimis bahawa Kristian berpotensi menyumbang pingat dalam acara 10,000 meter (m) di Sukan SEA yang dijadual berlangsung di Thailand dari 9 hingga 20 Disember depan.

"Jika dia terus mengekalkan prestasi semasa, peluang pingat itu ada. Warna pingat belum dapat dipastikan kerana saingan terutama daripada pelari Thailand juga cukup hebat, namun Kristian kini berada di laluan yang betul," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/09/1443301/kristian-tung-pecah-rekod-kebangsaan-10km-jalan-raya





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 1.546367 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list