CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hadjar teruja raih podium pertama F1 sampai trofi patah

[Copy link]
Post time 1-9-2025 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Hadjar teruja raih podium pertama F1 sampai trofi patah

Agensi





HADJAR meraikan kejayaan mendapatkan podium pertama Grand Prix Belanda. -FOTO Reuters



Zandvoort: Pelumba rookie, Isack Hadjar meraih podium Formula 1 pertama dalam kariernya di Grand Prix Belanda namun secara tidak sengaja mematahkan trofi ketika meraikan kejayaan itu.

Oscar Piastri muncul juara di Zandvoort semalam dalam perlumbaan pertama selepas rehat musim panas, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan gelaran selepas rakan sepasukan Lando Norris tidak menamatkan perlumbaan (DNF).

Pelumba Britain itu berada di tempat kedua apabila jentera McLaren miliknya mengalami kerosakan enjin pada pusingan akhir, membolehkan Piastri melebarkan kelebihan kepada 39 mata dalam kedudukan keseluruhan.

Kegagalan Norris membuka ruang buat Max Verstappen menamatkan saingan di tempat kedua di Grand Prix tanah airnya, manakala Hadjar tampil mengejutkan apabila mengekalkan kedudukan ketiga sekali gus meraikan podium F1 sulungnya.

Bermula di petak keempat, tiada siapa menjangkakan bintang Racing Bulls itu mampu bertahan, apatah lagi menambah kedudukan, selepas kali terakhir mengutip mata pada Jun lalu dengan pencapaian terbaiknya sebelum ini hanya di tempat keenam.

"Hari yang luar biasa. Saya tidak sangka ini berlaku ketika bangun pagi tadi,

"Saya bersikap realistik. Saya tahu ada George (Russell) di belakang dan juga kedua-dua Ferrari," kata pemandu muda Perancis itu.

Namun ketika meraikan bersama pasukannya di paddock, Hadjar mungkin menggenggam terlalu kuat trofi sulungnya sehingga ia patah dua, membuatkan pelumba rookie itu jelas terkejut.

Insiden itu mengimbau kenangan di Hungary 2023, apabila Norris secara tidak sengaja memecahkan trofi kemenangan Verstappen ketika membuka botol champagne.



Disiarkan pada: September 1, 2025 @ 11:00am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1258981/hadjar-teruja-raih-podium-pertama-f1-sampai-trofi-patah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 2.216780 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list