CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 157|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Azlan beri hadiah merdeka

[Copy link]
Post time 1-9-2025 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Azlan beri hadiah merdeka

Oleh Khairil S Iswan - Ogos 31, 2025 @ 6:28pm




Azlan meraikan kejayaan di podium selepas mengungguli Perlumbaan 2 kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hari ini. - Foto ARRC



KUALA LUMPUR: "Kemenangan ini untuk Malaysia, selamat Hari Merdeka!," kata pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang memastikan lagu Negaraku terus bergema di Mandalika, Indonesia selepas menjuarai Perlumbaan 2 kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Kemenangan pelumba berpengalaman itu bukan sahaja menjadi hadiah terindah sempena sambutan Hari Kebangsaan, tetapi menyaksikan kebangkitan kembali pelumba pasukan A1 Energy BMW Racing Team itu selepas bergelut dengan prestasi musim ini.

Memulakan perlumbaan di petak keempat, bekas juara Asia itu mempamerkan tunggangan terbaik untuk menamatkan saingan dengan masa 20 minit 55.147 saat, mengatasi pelumba Jepun, Keito Abe di tempat kedua.

Pelumba tuan rumah, Andi Farid Izdihar melengkapkan podium di tempat ketiga.

"Jika melihat perjalanan bersama pasukan, tahun ini agak lewat bagi saya untuk berada pada prestasi terbaik. Saya bergelut dengan jentera dan diri sendiri.

"Tahun lalu di Mandalika, saya mempunyai memori yang menakutkan, mengalami highside di perlumbaan 8 Hours, dan saya hilang semua motivasi.

"Tetapi tahun ini, saya datang ke sini dan saya bercakap dengan diri saya sendiri, jika tak boleh menang, saya perlu perbaiki diri dan nikmati litar ini," kata Azlan.

Azlan berkata, strategi untuk kekal tenang dan mengikut kelompok hadapan menjadi kunci kemenangannya, berbeza dengan Perlumbaan 1 di mana dia terlalu teruja sehingga melakukan banyak kesilapan.

Nasib malang menimpa pemenang Perlumbaan 1 semalam, Hafizh Syahrin Abdullah dari JDT Racing Team, apabila terbabit dalam kemalangan ketika sedang selesa mendahului perlumbaan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1440639/azlan-beri-hadiah-merdeka





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 3.404952 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list