CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 178|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hafizh harumkan nama negara di Mandalika

[Copy link]
Post time 31-8-2025 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Hafizh harumkan nama negara di Mandalika

Khairil S Iswan[email protected]






HAFIZH bergantung kepada naluri dan pengalaman. FOTO Ihsan Kejuaraan Motosikal Asia




Kuala Lumpur: Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah memastikan lagu Negaraku bergema megah di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia selepas menjuarai Perlumbaan 1 kelas elit ASB1000 di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), hari ini.

Kemenangan menyaksikan bekas pelumba MotoGP dan WorldSBK itu merampas carta kedudukan pendahulu daripada pelumba Jepun, Keito Abe.

Pada perlumbaan 13 pusingan itu, Hafizh yang memulakan perlumbaan di petak utama mempamerkan tunggangan kemas dengan mendahului sejak awal sebelum menamatkan saingan dengan masa 20 minit 48.234 saat (s).

Pencabar terdekat adalah pelumba Thailand, Nakarin Atiratphuvapat yang melepasi garisan penamat 2.959s kemudian dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Zaqhwan Zaidi dari pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia melengkapkan kedudukan podium.

Mengulas perlumbaannya, Hafizh mendedahkan dia berdepan detik sukar apabila panel meter jenteranya tidak berfungsi sepanjang perlumbaan, memaksa dia bergantung kepada naluri dan pengalaman.

"Saya perlu melakukan sesuatu menggunakan naluri saya, teruskan dan jangan lakukan kesilapan, cuba menguruskan tayar dan segala-galanya, tetapi jentera cukup baik," katanya.

Hafizh turut mendedikasikan kemenangan itu kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta pasukannya yang bertungkus lumus menyediakan jentera terbaik buatnya.



Disiarkan pada: Ogos 30, 2025 @ 10:21pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1258502/hafizh-harumkan-nama-negara-di-mandalika




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068519 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list