CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 225|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] JDT kini ranking ke-8 terbaik Asia

[Copy link]
Post time 30-8-2025 05:04 PM | Show all posts |Read mode
JDT kini ranking ke-8 terbaik Asia

Oleh Syafiq Aznan - Ogos 30, 2025 @ 3:41pm





Kedudukan ranking pasukan terbaik Asia.



KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan reputasi mereka di benua Asia apabila kini muncul sebagai pasukan kelapan terbaik di Asia.

Perkembangan itu dikongsikan JDT berdasarkan statistik yang dikeluarkan laman bola sepak terkemuka, Opta Power Ranking.

Menerusi laporan Opta Power Ranking, skuad bimbingan Xisco Munoz itu melonjak tujuh anak tangga daripada kedudukan terdahulu untuk menghuni ranking ke-207 dunia ketika ini.

Kedudukan ke-207 dunia itu menyaksikan JDT mengatasi pasukan seperti Estudiantes, Stoke City, Lokomotiv Moscow, Velez Sarsfield, Indepediente, Besiktas, LA Galaxy, Las Palmas dan Empoli.

Kedudukan itu turut mengesahkan status JDT sebagai pasukan nombor satu di Asia Tenggara dengan pencabar terdekat mereka, Buriram United berada pada kedudukan ke-33 Asia.

Hanya tujuh pasukan berada di atas JDT di benua Asia ketika ini iaitu tiga pasukan daripada Arab Saudi masing-masing Al-Hilal, Al-Nassr, Al-Ahli dan Al-Ittihad yang berada dalam kelompok empat teratas.

Tiga pasukan Jepun berada di tangga kelima, keenam dan ketujuh yang juga lawan JDT pada kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini iaitu Sanfreece Hiroshima, Vissel Kobe dan Machida Zelvia.

Tiada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai 1,000 terbaik dunia dengan Selangor FC (SFC) di kedudukan 1,040, Terengganu FC (TFC) di 1,581 dan Sabah FC (1,809) serta KL City FC (2,056).

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1440146/jdt-kini-ranking-ke-8-terbaik-asia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 3.330416 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list