CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 184|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum menang

[Copy link]
Post time 29-8-2025 01:37 AM | Show all posts |Read mode
TANG Jie (kiri) dan Ee Wei dapat menarik nafas lega apabila berjaya bangkit dan memenangi aksi pusingan ketiga Kejohanan Dunia sebentar tadi. - AFP





Kejohanan Dunia: Tang Jie-Ee Wei cemas sebelum menang


  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 28 Ogos 2025, 7:13 pm




KUALA LUMPUR – Aksi sukar dihadapi beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sebelum memastikan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis.

Pada pusingan ketiga yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, pasangan No.4 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 14-21, 21-19, 21-17 ke atas Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dari Indonesia.

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan, Tang Jie-Ee Wei bagaimanapun tersentak di awal saingan apabila tewas 14-21 di set pertama sebelum bangkit pada set berikutnya.

Memasuki set penentuan, mereka masih berdepan aksi sukar memandangkan pemain lawan tidak berputus asa melakukan asakan demi asakan selain mengekori rapat kedudukan.

Bagaimanapun, aksi tenang membantu Tang Jie-Ee Wei mencatat kemenangan 21-17 di set ketiga bagi menempah pertemuan dengan beregu India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto di suku akhir esok.

“Memang kami gembira kerana perlawanan ini sangat sukar. Pemain lawan memberikan tekanan demi tekanan kepada kami, sebab itulah kami agak emosi tadi.

“Bagaimanapun, selepas ini kami akan mengharungi aksi suku akhir, jadi perlu kekal fokus dan mempersiapkan diri untuk perlawanan esok,” kata Tang Jie kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/28/kejohanan-dunia-tang-jie-ee-wei-cemas-sebelum-menang/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.458639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list