CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Letshanaa mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 26-8-2025 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Letshanaa mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia

Aida Adilah Mat[email protected]








Paris: Pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia apabila menewaskan wakil Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta 21-18, 21-8 di Adidas Arena, sebentar tadi.

Pertarungan yang hanya mengambil masa 31 minit itu menyaksikan Letshanaa, yang kini menghuni ranking ke-40 dunia, tampil cukup yakin untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Saloni yang berada di ranking ke-76 dunia.

Kemenangan itu bagaimanapun membuka jalan getir buat pemain berusia 20 tahun itu apabila bakal berdepan bekas juara dunia 2019 dari India, PV Sindhu pada pusingan kedua, esok.

Sindhu yang menduduki ranking ke-15 dunia terlebih dahulu melangkah dengan kemenangan mudah selepas menyingkirkan pemain Bulgaria, Kaloyana Nalbantova 23-21, 21-6.

Perlawanan itu bakal menjadi ujian sebenar buat Letshanaa yang masih memburu penampilan konsisten di pentas utama, apatah lagi Sindhu dianggap antara pemain paling berpengalaman dengan deretan kejuaraan besar termasuk memiliki satu perak dan satu gangsa di pentas Olimpik.

Namun dengan prestasi semasa yang semakin meningkat, ditambah keyakinan daripada kemenangan awal ini, Letshanaa dijangka mampu memberi tentangan sengit dalam usaha untuk melakukan kejutan ke atas bintang India berusia 29 tahun itu.



Disiarkan pada: Ogos 26, 2025 @ 9:53pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/08/1257035/letshanaa-mara-ke-pusingan-kedua-kejohanan-dunia




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072329 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list