CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 207|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Saya pasti akan bangkit! - Zii Jia

[Copy link]
Post time 26-8-2025 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Saya pasti akan bangkit! - Zii Jia

Oleh Helmi Talkah - Ogos 25, 2025 @ 6:24pm




Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. - NSTP/ASYRAF HAMZAH



KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meminta peminat agar terus bersabar dan memberinya masa untuk kembali bangkit ke tahap terbaik selepas melalui tempoh sukar dalam kariernya.

Kemunculan semula pemain ranking ke-52 dunia itu di pentas kompetitif selepas lima bulan berehat akibat kecederaan buku lali berakhir dengan kekecewaan apabila tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena di Paris, hari ini.

Zii Jia terpaksa akur tunduk di tangan pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin yang menghuni ranking ke-38 dunia 17-21, 11-21 dalam tempoh 41 minit.

Kekalahan itu sekali gus menjadikan ia penampilan terburuk Zii Jia dalam lima penyertaannya di Kejohanan Dunia selepas mara ke suku akhir pada 2019 dan 2021 serta ke pusingan 16 terbaik pada 2022 dan 2023.

Kejohanan Dunia kali ini menjadi pentas pertama buat pemain berusia 27 tahun itu selepas bergelut dengan kecederaan buku lali yang dialami ketika Jelajah Dunia Akhir, Disember tahun lalu.

Dia sempat kembali beraksi di Masters Orleans dan Seluruh England pada Mac, namun kecederaan sama kembali menghantuinya sehingga memaksa menarik diri daripada tiga kejohanan iaitu Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China antara Jun hingga Julai.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan slot ke Paris menerusi perlindungan ranking di kedudukan kesembilan dunia.

Mengulas mengenai prestasinya, Zii Jia mengakui penampilan di Paris amat mencabar, namun bersyukur kerana berjaya menghabiskan perlawanan tanpa mengalami kecederaan semula.

"Saya gembira dapat melengkapkan perlawanan pertama tanpa sebarang kesakitan. Itu yang paling penting untuk saya. Sasaran seterusnya sudah tentu cuba mendapatkan semula suasana beraksi dalam kejohanan selepas lama tidak beraksi," katanya kepada BWF.

Pada masa sama, Zii Jia meminta penyokong supaya tidak berputus asa dengannya.

"Saya harap peminat bersabar, bukan hanya untuk mereka, tetapi juga untuk diri saya sendiri. Saya yakin boleh kembali ke tahap terbaik seperti sebelum ini," katanya.

Menyentuh tempoh lima bulan penuh ranjau akibat kecederaan, Zii Jia mengakui fasa pertengahan proses pemulihan adalah detik paling sukar buatnya.

"Saya agak terdesak untuk kembali berlatih, tetapi kecederaan pulih agak perlahan. Proses pemulihan sangat membosankan dan ia pengalaman pertama saya berdepan situasi begini. Tapi saya gembira dapat melaluinya dan berada di sini hari ini," jelasnya.

Ketika diminta menilai persembahannya, Zii Jia memberi markah sederhana.

"Saya bagi diri saya lima daripada 10, terutama dari aspek fizikal dan ketahanan. Itu sesuatu yang perlu saya perbaiki bersama pasukan.

"Dari segi 'match feel', saya rasa masih okay kerana pengalaman tetap ada. Selagi saya beraksi dalam kejohanan, saya tidak bimbang mengenainya," kata Zii Jia.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1437932/saya-pasti-akan-bangkit-zii-jia





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.042932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list