CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 202|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Djokovic buru gelaran Grand Slam ke-25

[Copy link]
Post time 24-8-2025 05:48 PM | Show all posts |Read mode
DJOKOVIC





Djokovic buru gelaran Grand Slam ke-25



  • Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
  • 24 Ogos 2025, 12:00 pm




NEW YORK – Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic menegaskan fokus utamanya kini adalah untuk memburu gelaran Grand Slam ke-25 dalam kariernya menjelang perlawanan awalnya pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Djokovic secara terus terang meluahkan rasa kurang senangnya dengan saingan ATP Masters 1000 selepas menyifatkan perubahan format kejohanan kepada 12 hari sebagai terlalu panjang dan tidak lagi sesuai dengan keutamaannya ketika ini.

Bintang berusia 38 tahun berkata, fokusnya kini hanya untuk menambah satu lagi gelaran major dan mencipta rekod Grand Slam ke-25 yang belum pernah dicapai oleh mana-mana pemain dalam sejarah tenis.

“Sejujurnya, saya tidak lagi menikmati kejohanan Masters yang berlangsung selama dua minggu. Ia terlalu lama bagi saya. Fokus utama saya sebahagian besarnya adalah pada Grand Slam dan saya pernah katakan sebelum ini.

“Tetapi saya juga suka kejohanan lain. Saya ingin bermain lebih banyak di kejohanan lain, tetapi secara tidak rasmi, kita seolah-olah mempunyai 12 Grand Slam setahun. Grand Slam berlangsung dua minggu dan acara Masters lain juga kini hampir dua minggu,” katanya.

Djokovic turut menegaskan dia tidak lagi mengejar mata ranking atau mempertahankan kedudukan, sebaliknya hanya mahu bermain di kejohanan yang memberi motivasi dan kebahagiaan kepadanya.

“Saya tidak lagi mengejar ranking, mengumpul mata atau mempertahankannya. Saya tanya diri sendiri di mana saya boleh mencari motivasi dan kegembiraan bermain. Saya mencari inspirasi untuk bermain tenis terbaik dan itulah yang saya ingin lakukan ketika ini,” ujarnya

Sebagai rekod, Djokovic belum beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetitif sejak tewas kepada pemain No. 1 dunia, Jannik Sinner di pentas separuh akhir Wimbledon pada Julai lalu.

Walaupun kekurangan aksi perlawanan, namun dia merasakan ia bukan penghalangnya untuk kembali dengan aksi terbaik di Terbuka AS. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2025/08/24/djokovic-buru-gelaran-grand-slam-ke-25/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.511667 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list