GALAKSIVIRAL - Filem terbaru Marvel iaitu Fantastic Four First Steps telah berjaya mengegarkan kutipan filem box office apabila berjaya mendapat kutipan lebih $469 juta untuk tayangan seluruh dunia. Filem ini sangat menarik kerana jalan cerita tidak sama seperti siri filem Fantastic Four sebelum ini. Boleh dikatakan filem ini adalah salah satu siri filem Fantastic Four paling terbaik pernah dihasilkan. Jom baca trivia dan review filem ini.
TRIVIA FILEM
Tarikh Tayangan :
21 Julai 2025
Pengarah :
Matt Shakman
Pelakon Utama :
Pedro Pascal - Reed Richard / Mister Fantastic
Vanessa Kirby - Sue Storm / Invincible Woman
Ebon Moss Bachrach - Ben Grimm / The Thing
Joseph Quinn - Johnny Storm / Human Torch
Julia Garner - Shalla Bal / Silver Surfer
Ralph Ineson - Galactucs
Kutipan Filem :
$ 469.5 juta (19 Ogos 2025)
Negara :
Amerika Syarikat
Sinopsis :
Pada tahun 1964 di Bumi-828, dunia meraikan ulang tahun keempat pasukan adiwira Fantastic Four – Reed Richards, Sue Storm, Ben Grimm, dan Johnny Storm – yang mendapat kuasa selepas terdedah kepada sinaran kosmik. Kehidupan mereka berubah apabila Sue hamil, namun ancaman muncul apabila Silver Surfer datang memberi amaran bahawa Bumi bakal dimusnahkan oleh Galactus, makhluk kosmik pemakan planet.
Kuasa yang dimiliki oleh mereka ialah Reed Richards (tubuh badan kenyal, fleksibel dan mudah dilentur), Sue Storm (halimunan dan kuasa sekatan), Ben Grimm (seluruh badan menjadi batu dan mempunyai kekuatan luarbiasa) dan Johnny Storm (manusia kuasa api).
More info, boleh rujuk link ini >>> REVIEW FILEM FANTASTIC FOUR FIRST STEP