CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Malaysia gah 15 emas, olahraga sapu bersih

[Copy link]
Post time 24-8-2025 01:02 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia gah 15 emas, olahraga sapu bersih



ZURAIMEE ZAINAL
23 Ogos 2025 11:25pm




Kem olahraga mengharumkan nama Malaysia di Jakarta.




KONTINJEN negara terus mempamerkan dominasi di Sukan SEA Pekak Kedua 2025 apabila menambah sembilan lagi pingat emas pada hari kedua, sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan kepada 15 emas.

Jumlah itu menyamai rekod kutipan emas keseluruhan ketika muncul juara edisi sulung 2022 di Kuala Lumpur, dengan beberapa acara masih berlangsung yang membuka peluang mencipta sejarah baharu.


Arena olahraga menjadi medan tumpuan selepas skuad negara melakar pencapaian bersejarah menyapu bersih kesemua 10 emas yang dipertandingkan apabila mengatasi sasaran awal enam emas.

Bintang trek, Azlan Kuste, sekali lagi menyerlah apabila menambah emas kedua peribadi menerusi acara 1,500 meter dengan catatan 4:27.03 saat (s) selepas menang 800 meter (m) pada Jumaat.


Rakan sepasukan, Muhammad Shahrul Azmer Azman, turut melakar emas berganda apabila menjuarai acara 200 meter (22.63s) selepas kejayaan 400m sehari sebelum ini.

Turut tidak ketinggalan, pelari pecut wanita, Nur Andrina Zainuddin, membuktikan status unggulnya dengan emas 200m wanita (27.63s) – merangkul pingat kedua biarpun berdepan kontroversi ‘false start’.

Kehebatan Malaysia diteruskan menerusi acara berganti-ganti apabila kuartet 4x400m lelaki A menamatkan perlumbaan dengan masa 3:34.16s untuk menambah koleksi emas.

Detik manis turut dihadiahkan pembawa Jalur Gemilang, Zaiman Megat Abu, yang mencatat lompatan sejauh 6.82m untuk memenangi lompat jauh, manakala Hazrul Shah Hamri meraih perak (6.58m) melengkapkan kemenangan satu-dua negara.



Kem boling negara juga tidak mengecewakan pada hari kedua temasya.



Di gelanggang boling pula, pasangan Ho Choon Seng–Mohammad Firdaus unggul dalam acara beregu lelaki, manakala gandingan Siong Mui Hong–Siw Sing He menghadiahkan emas beregu wanita.


Sementara itu, cabang catur menyumbang dua emas menerusi Loo Pin Xie (standard lelaki) dan Ainur Ashikin Jupineh (standard wanita).

15 emas keseluruhan setakat ini, Malaysia bukan sahaja terus gah di tangga teratas pungutan pingat, malah berada di landasan tepat untuk melepasi sasaran awal 16 emas serta mengekalkan status juara bertahan.

Acara futsal, ping pong dan badminton yang masih berbaki dijangka bakal menjadi penentu kepada pencapaian bersejarah kontinjen negara di Jakarta.

https://www.sinarharian.com.my/article/744816/berita/sukan/malaysia-gah-15-emas-olahraga-sapu-bersih



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.172325 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list