CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Ethan-Aiman raih emas pertama Malaysia

[Copy link]
Post time 23-8-2025 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Ethan-Aiman raih emas pertama Malaysia

Ogos 23, 2025 @ 7:45pm





Ethan Damien Goh dan Muhammad Aiman Syahin menghadiahkan Malaysia pingat emas sulung pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid di sini. - Foto BERNAMA



PETALING JAYA: Kem boling negara hari ini ceria apabila gandingan Ethan Damien Goh dan Muhammad Aiman Syahin menghadiahkan Malaysia pingat emas sulung pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-22 di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid di sini.

Pasangan negara itu mencatat 2,696 jatuhan pin untuk merangkul emas dalam acara doubles lelaki.

Ethan-Aiman mengatasi gandingan Kuwait Abdulrzzaq Mohamad-Hassan Qasem yang meraih perak dengan 2,611 jatuhan pin manakala wakil Jepun Eita Saotome-Fumine Suda memperoleh gangsa dengan 2,594 jatuhan pin.

Aiman, 19, berkata mereka lega selepas berjaya bangkit daripada permulaan perlahan dan mula mendapat rentak pada pertengahan saingan sebelum muncul juara.

"Alhamdulillah dapat sumbang pingat emas pertama buat Malaysia. Kemenangan ini kami dedikasikan untuk barisan jurulatih, rakan sepasukan dan keluarga," kata Aiman.

Sementara itu, Ethan, 15, berkata kejayaan ini menyuntik semangat untuk memburu pingat emas kedua dalam acara berpasukan lelaki yang akan bermula esok hingga Isnin.

Dalam perkembangan lain, pasangan Malaysia Wan Muhammad Zarif Ikram dan Muhammad Danial Abu Samah menamatkan saingan di tempat ke-23 dengan 2,265 jatuhan pin.

Dalam acara doubles wanita, pasangan negara Adelia Nur Irwan Syazalee-Adania Mohd Redzwan hampir meraih pingat apabila menamatkan saingan di tempat keempat dengan 2,431 jatuhan pin, manakala pasangan Qurratu'Ain Izdihar Mohd Pozi dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam berada di kedudukan kelapan dengan 2,249 jatuhan pin.

Pasangan Singapura, Lim Shi En-Nur Irdina Hazly merangkul emas dengan 2,637 jatuhan pin, diikuti pasangan Korea Selatan Paek Ye Dam-Jo Yoon Seo yang membawa pulang perak (2,473) manakala gangsa menjadi milik pasangan Jepun Kiri Watanabe-Mao Kondoh (2,456).

Kejohanan ini akan melabuhkan tirai pada 27 Ogos. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/08/1437115/ethan-aiman-raih-emas-pertama-malaysia





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043875 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list