CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 1

[Sembang Bola Sepak] Trump umum undian Piala Dunia 2026 di Washington

[Copy link]
Post time 23-8-2025 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Trump umum undian Piala Dunia 2026 di Washington

Ogos 23, 2025 @ 6:53am





Presiden AS, Donald Trump (kiri) menerima tiket final Piala Dunia 2026 daripada Presiden FIFA, Gianni Infantino (tengah) ketika membuat pengumuman mengenai majlis undian di Rumah Putih di Washington DC, AS. – Foto REUTERS



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan majlis undian rasmi Piala Dunia 2026 akan diadakan di Washington pada 5 Disember depan sambil beliau berpeluang menyentuh trofi bola sepak paling berprestij itu.

Kejohanan membabitkan 48 pasukan itu akan dianjurkan bersama oleh AS, Kanada dan Mexico tahun depan dan Trump memberi penekanan besar ia berlangsung ketika penggal pemerintahannya.

Undian itu pada asalnya dilaporkan akan diadakan di Las Vegas, namun Trump yang ditemani Presiden FIFA, Gianni Infantino berkata ia kini ditetapkan di Kennedy Center, di ibu negara AS.

"Ia acara terbesar, mungkin yang paling besar dalam sukan," kata presiden AS berusia 79 tahun itu, yang memakai topi merah bertulis "Trump Was Right About Everything."

Trump turut mencadangkan Presiden Russia, Vladimir Putin mungkin menghadiri Piala Dunia dengan menyatakan "beliau benar-benar mahu hadir," tetapi kehadirannya bergantung kepada hasil usaha damai di Ukraine.

Infantino membenarkan Trump memegang trofi berkenaan, yang biasanya hanya diberikan kepada pemenang kejohanan bola sepak dunia itu.

"Hanya presiden FIFA, presiden negara dan mereka yang menang sahaja boleh menyentuhnya, kerana ia hanya untuk pemenang. Oleh kerana anda seorang pemenang, sudah tentu anda juga boleh menyentuhnya," kata Infantino.

"Boleh saya simpan?" gurau Trump, yang memenangi penggal kedua di Rumah Putih selepas pilihan raya presiden AS 2024.

Pemimpin Republikan itu, yang menghiasi Pejabat Oval dengan dekorasi berlapis emas sejak kembali berkuasa Januari lalu, kemudian menambah: "Ia satu hasil seni emas yang indah. Memang cantik."

Namun ada detik cemas seketika apabila Trump kelihatan hampir terlepas trofi berkenaan sebelum meletakkannya di atas mejanya sambil Infantino cepat menghulurkan tangan untuk membantunya.

Infantino kemudiannya menghadiahkan Trump tiket gergasi - Baris 1, Tempat Duduk 1 - untuk menyaksikan final Piala Dunia pada 19 Julai di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey, berhampiran New York. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1436859/trump-umum-undian-piala-dunia-2026-di-washington





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2025 04:21 PM | Show all posts
menyibuk!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 1.235911 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list