CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 180|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Alexandrova ranapkan impian Noskova pertahan gelaran Terbuka Monterrey

[Copy link]
Post time 22-8-2025 09:06 PM | Show all posts |Read mode
Alexandrova ranapkan impian Noskova pertahan gelaran Terbuka Monterrey

REUTERS - Ogos 22, 2025 @ 5:45pm





Aksi Ekaterina Alexandrova ketika menentang Linda Noskova di suku akhir Terbuka Monterrey. Foto: REUTERS



MONTERREY (Mexico): Pilihan kedua dari Rusia, Ekaterina Alexandrova menewaskan penyandang juara Linda Noskova 7-6(5), 4-6, 6-2 sekali gus menjamin tempat ke separuh akhir Terbuka Monterrey yang menjadi pentas pemanas badan menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).

"Saya sangat gembira kerana mara ke peringkat seterusnya. Bertarung tiga set, sesuatu yang sukar - servis dia juga sangat baik, dan kadangkala saya tidak dapat melakukan apa-apa," kata Alexandrova yang kini berada di ranking ke-14 dunia.

Alexandrova selepas ini dijadual bertemu pemain Republik Czech, Marie Bouzkova yang mara selepas mudah menyingkirkan lawan dari Croatia, Antonia Ruzic 6-3, 6-2.

Diana Shnaider dari Rusia turut mara ke separuh akhir selepas bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan pemain Belgium, Elise Mertens 3-6, 7-6(6), 7-6(4).

"Sangat gembira, puas hati dan berbangga kerana meraih kemenangan hari ini. Saya fikir tahap tenis kali ini begitu tinggi," kata pilihan ketiga kejohanan itu.

Shnaider dijadual bertemu Alycia Parks selepas pemain AS itu menewaskan Rebecca Sramkova (Slovakia) 6-2, 7-5.

Terbuka AS dijadual membuka tirainya pada 24 Ogos ini sehingga 7 September.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1436714/alexandrova-ranapkan-impian-noskova-pertahan-gelaran-terbuka-monterrey





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 08:44 PM GMT+8 , Processed in 1.268286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list