CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Kelab disertai Ronaldo, Al-Nassr bakal dijual?

[Copy link]
Post time 22-8-2025 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Kelab disertai Ronaldo, Al-Nassr bakal dijual?

AGENSI - Ogos 22, 2025 @ 8:48pm





Kelab disertai Ronaldo, Al-Nassr dilapor bakal dijual oleh PIF negara itu sebagai satu langkah strategik ke arah penswastaan dan pengurusan kewangan yang lebih mampan. Foto: AFP



RIYADH: Empat kelab bola sepak gergasi Arab Saudi, termasuk kelab disertai Cristiano Ronaldo, Al-Nassr dilaporkan bakal dijual oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) negara itu sebagai satu langkah strategik ke arah penswastaan dan pengurusan kewangan yang lebih mampan.

Berdasarkan laporan disiarkan wartawan sukan Arab Saudi, Ahmed Al-Ajlan, kelab-kelab utama Liga Pro Saudi iaitu Al-Nassr, Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad sedang dalam proses untuk dijual sepenuhnya kepada pelabur swasta, termasuk bahagian saham 25 peratus yang sebelum ini dimiliki Kementerian Sukan Arab Saudi.

Penjualan ini menandakan perubahan drastik dalam pendekatan pelaburan negara terhadap bola sepak, selepas beberapa musim melabur secara besar-besaran untuk membawa masuk pemain bintang dunia sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memacu Visi 2030.

Difahamkan, antara kelab yang mendapat perhatian tertinggi ialah Al-Hilal, dengan ahli perniagaan terkenal dan kerabat diraja, Putera Al Waleed Talal, dikatakan sebagai calon utama untuk mengambil alih kelab berkenaan.

Putera Al Waleed dijangka bersaing dengan bekas pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Sheffield United, Putera Abdullah Mosaad dalam pembelian Al-Hilal yang memenangi pelbagai kejuaraan domestik dan Asia.

Potensi penjualan empat kelab besar Arab Saudi ini muncul selepas kerajaan secara terbuka mengumumkan rancangan tahun lalu untuk meneruskan pelaburan dan mendapatkan penswastaan.

Bulan lalu, Kementerian Sukan mengesahkan penswastaan ​​tiga kelab dengan Al-Kholood menjadi yang pertama dibuka kepada pelabur asing.

Al-Kholood dijual kepada Kumpulan Harburg, yang diketuai pelabur Amerika Syarikat (AS), Ben Harburg.

Syarikat dari AS itu menjenamakan semula lambang kelab itu dan mengesahkan pelantikan bekas pengurus Oxford United, Des Buckingham sebagai pengendali baharu mereka.

Al-Zulfi dan Al-Ansar pula dijual kepada entiti Arab Saudi.

Pada Rabu lalu, Kementerian Sukan mengumumkan bahawa dua lagi kelab Liga Pro, Al-Najma dan Al-Okhdood kini dibuka untuk pelaburan dan penyertaan pihak swasta.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1436783/kelab-disertai-ronaldo-al-nassr-bakal-dijual





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.642005 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list