CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Banjir di Niger ragut 47 nyawa, lebih 56,000 hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 22-8-2025 09:38 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail Anadolu Ajansi

KIGALI: Sekurang-kurangnya 47 orang maut manakala lebih 56,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Niger, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa pada Rabu.

Menurut Direktorat Am Perlindungan Awam, banjir itu menjejaskan 7,754 isi rumah di 339 kawasan kejiranan dan kampung.

“Seramai 30 mangsa maut selepas rumah mereka runtuh, manakala 17 lagi lemas.

"Selain itu, banjir turut menyebabkan 70 orang cedera dan 257 ekor ternakan mati,” menurut kenyataan pengarah agensi itu.

Jawatankuasa kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap pencegahan banjir memaklumkan pihaknya telah mula mengagihkan bantuan makanan kepada 3,776 keluarga.

Pihak berkuasa turut berkata kerajaan memperuntukkan 12 bilion franc CFA (US$21.3 juta) untuk membantu keluarga dan individu yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Pada 2024, hujan lebat menjejaskan hampir 1.5 juta penduduk di lapan wilayah negara itu.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.125845 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list